Kini hampir setiap hari kita disajikan dengan berita-berita tentang orang hilang, penculikan dan pembunuhan kejam. Secara tak langsung ia memberi impak kepada masyarakat dari segi mental dan emosi termasuklah keselamatan diri.
Pelakon terkenal Sweet Qismina turut meluahkan rasa terkesannya terhadap pemergian penyanyi dan YouTuber, Allahyarham Nidza Afham yang hilang dan kemudian mayatnya ditemukan di Sungai Klang, Selangor.
Kredit Foto: sweetqismina
Allahyarham Nidza Afham merupakan abang kepada penyanyi baharu, Aufahanie.
Tersentuh dengan insiden tragis itu telah mendorong Sweet Qismina untuk menasihatkan orang ramai agar lebih berwaspada dan sentiasa berkongsi lokasi semasa dengan keluarga terutama ketika bersendirian.
Kredit Foto: sweetqismina
Pemilik nama penuh Farhanna Qismina Supandi, 27 ini menegaskan langkah tersebut adalah demi menjaga keselamatan diri tidak kira lelaki mahupun wanita.
Kredit Foto: sweetqismina
Menerusi muat naik di InstaStory, isteri pelakon aktor Adam Lee ini mengingatkan, tiada siapa yang kebal daripada bahaya walaupun mahir dalam seni mempertahankan diri atau memiliki sifat gagah.
View this post on Instagram
Nasihatnya, elakkan berkongsi lokasi semasa di media sosial kerana ia boleh menarik perhatian individu yang berniat jahat.
Sama-samalah kita jadikan nasihat Sweet Qismina ini sebagai peringatan demi keselamatan diri. Lebih-lebih lagi sebagai wanita perlu lebih berhati-hati.
Kredit Foto: sweetqismina
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.