Mengambil air manis atau dengan kuantiti gula yang tinggi sememangnya perlu dikurangkan terutama buat pejuang garis dua.
Menurut satu kajian, pengambilan gula secara berlebih terutama minuman manis boleh menjejaskan kesuburan wanita dan lelaki.
Ini bermakna sekiranya anda sedang dalam fasa TTC atau ‘trying to conceive’, dinasihatkan agar menghadkan pengambilan gulan supaya kekal subur.
Pengambilan gula secara berlebih terutama dalam air manis boleh mengakibat kualiti air mani terjejas, penambahan berat badan dan rintangan insulin.
1. Rintangan insulin
Insulin adalah hormon yang dirembeskan oleh pankreas. Peranan utamanya adalah untuk mengawal paras gula darah dalam badan anda.
Rintangan insulin bermaksud ketidakupayaan otot, lemak dan sel hati untuk bertindak balas terhadap insulin dan menyerap glukosa daripada darah anda. Oleh itu, pankreas akan menghasilkan lebih banyak insulin untuk memudahkan kemasukan glukosa ke dalam sel anda.
2. Kualiti air mani terjejas
Sama seperti wanita, kesuburan lelaki juga dipengaruhi oleh banyak faktor, termasuk pengambilan gula. Satu kajian menunjukkan penggambilan gula secara berlebihan dikaitkan dengan pengurangan kepekatan sperma pada lelaki.
Penurunan kepekatan yang ketara dilihat daripada pengambilan gula daripada minuman ringan dan gula dalam produk makanan.
Pengambilan minuman ringan dalam kajian ini tidak berlebihan, dengan purata hanya 0.2 minuman sehari, tetapi ia masih mengurangkan kepekatan sperma antara 18-23%.
3. Penambahan berat badan
Terlalu banyak gula dalam pemakanan seharian boleh menyebabkan penambahan berat badan dan peningkatan lemak dalam badan.
Walaupun penambahan berat badan yang sederhana mungkin bermanfaat untuk kesuburan jika anda dianggap kurang berat namun pengambilan gula bukanlah cara yang ideal.
Sebaliknya, anda boleh menyokong kesuburan anda dengan menambah berat badan dengan diet yang sihat dan padat kalori jika anda kurang berat badan.
Sekiranya anda dan pasangan sedang dalam fasa TTC, kurang-kurangkanlah mengambil minuman bergula. Biar sihat!
Semoga bermanfaat!
Menarik: “Tak Ada Nanti Boleh Tengok Balik, Mua Bellaz Mahu Simpan Kenangan Dengan Anak-Anak
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my
Sumber: Miscarriage Hope Desk
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.