“Takluk Sudah, Tunggu Masa Sesuai Nak Diizinkan” -Syafiq Kyle

Aktor berbakat besar, Syafiq Kyle mengakui sudah berjaya menakluk semula hati aktres jelita, Mimi Lana dan hanya menanti masa yang sesuai sahaja untuk meneruskan hubungan mereka kembali.

Kata pelakon filem popular Sherif: Narko Integriti itu, dia hanya menunggu pengesahan daripada pelakon filem The Experts mengenai perkara tersebut.

“Takluk itu sudah, tunggu masa yang sesuai nak diizinkan,” katanya dalam nada seloroh.

BACA LAGI: Mimi Lana Titip Ucapan Buat Syafiq Kyle -“Cinta Akan Selamanya Ada Untuk Awak…”

Syafiq memberi reaksi tersebut menerusi sebuah video di Instagram ketika menjadi artis jemputan di stesen radio Era FM.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat meluahkan hasrat untuk melihat pasangan pelakon popular itu disatukan sehingga ke jinjang pelamin.

“Kalau tengok muka berseri-seri macam ini, selalunya memang dah menjadi,” antara komen peminat,” komen seorang pengguna.

“Alhamdulillah masih ada harapan untuk mereka bersama. Semoga ada jodoh antara mereka dan diharapkan jodoh kedua-duanya berkekalan,” komen seorang lain.

Sekadar info, kedua bekas peserta Hero & Dewi Remaja itu sebelum ini pernah menjalin hubungan cinta selama beberapa tahun namun hasrat untuk berumah tangga putus di tengan jalan apabila mereka membatalkan majlis pernikahan pada 18 Ogos tahun lalu.

Bagaimanapun, mereka kini dilihat terus berbaik dan banyak terlibat sama dalam beberapa tawaran kerja.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER FOTO: Instagram Syafiq kyle & Mimi Lana


Posted

in

, , , , ,

by

Comments

Leave a Reply