Bila dah kahwin, jadi peranan suami untuk beli jiwa isteri. Walau cuma dengan sebuah pertanyaan atau tumpangkan telinga, pasti dia rasa bahagia.
Peranan Suami Beli Jiwa Pasangan
Isteri mahukan perhatian, nak suami ambil berat kepada dirinya. Isteri nak suami tanya dia tentang keadaan dirinya, nak suami tanya apa yang dia rasa dalam hatinya dan mahu suami dengar cerita dan luahannya.
Isteri nak cakap dia penat, nak cakap tak larat tapi takut disalah tafsir suami. Anggapan suami tak ikhlas untuk buat apa yang dia buat sebagai seorang isteri. Ungkapan penat, tak larat itu langsung tidak menggambarkan ketidakikhlasannya, ianya hanyalah satu ungkapan untuk minta diringankan bebanan yang ditanggungnya.
Bawa Keluar Kejap Pun Dah Okay
Isteri nak reset balik diri dia dengan dibawa keluar. Dia nak reboot, nak refresh balik dirinya daripada melihat persekitaran yang sama dan melakukan perkara yang sama berulang kali setiap hari yang mana perkara itu tak akan habis sampai bila-bila selagi mana dia jadi isteri. Bawa ronda pun dia dah seronok, bawa makan luar pun dia dah gembira. Kalau kita beli sesuatu untuknya, hadiahkannya sesuatu, dia lagi bahagia.
Isteri tak suka dibandingkan, walaupun mungkin kita tak dengar dia mengiyakan atau membangkang. Tetapi dia tak suka dibandingkan. Dia adalah dia, kita boleh menyuruh isteri untuk memperbaiki apa yang patut tanpa perlu membandingkannya dengan orang lain.
Bukan Niatnya Nak Berleter
Asian woman kisses her husband hand during Hari Raya Puasa celebration
Isteri sebenarnya tidak suka berleter, isteri nak hidup yang tenang, aman dan tenteram. Tetapi kalau dia tak berleter, keadaan dan situasi tu akan sentiasa membuatkan dia tertekan. Leteran itu dapat dikurangkan andai suami faham fungsi dan peranan dalam rumah tangga.
Isteri mahukan seorang suami yamg boleh memimpin, yang bertindak sebagai seorang pelindung dan penjaganya. Bukan isteri yang memimpin, melindungi dan menjaga. Isteri sangat menghormati suami yang mempunyai akhlak yang baik.
Isteri hanya nak bahagia, kalau boleh, siapa yang dia pilih untuk jadi suami, maka smpai ke mati lah dia akan berbakti untik lelaki itu dengan syarat lelaki itu tidak buat dia meragui dan memikirkan semula keputusannya untuk terus bersama.
Jadi suami, fahamilah hati seorang isteri. Orang yang banyak korbankan masanya sampai tua.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.