“Tak Kisah Mahir Seni Pertahankan Diri Atau Gangster Sekali Pun, Kongsi Lokasi Semasa Anda” -Sweet Qismina

Pelakon jelita, Sweet Qismina menitipkan nasihat buat orang ramai agar berkongsikan lokasi semasa kepada ahli keluarga terdekat terutama ketika bersendirian.

Perkara tersebut dikongsikan suami kepada aktor Adam Lee itu menerusi Instastory miliknya, apabila turut terkesan dengan insiden menimpa penyanyi meningkat naik, Allahyarham Nidza Afham.

ARTIKEL BERKAITAN: Mayat Lelaki Yang Dijumpai Di Jambatan Sungai Klang Sah Abang Aufahanie, Nidza Afham

Katanya, setiap individu harus mengambil langkah tambahan demi menjaga keselamatan diri, tidak kiralah sama ada lelaki mahupun wanita.

“Kesayangan semua, tolong kongsi keberadaan kalau sedang bersendirian, tak kisah perempuan atau lelaki.

“Tak kisah kalau awak mahir dalam seni mempertahankan diri, gengster macam mana sekali pun tolong kongsi keberadaan anda dengan keluarga,” katanya.

Pada masa sama, Sweet turut mengingatkan orang ramai agar tidak berkongsi lokasi dalam media sosial kerana boleh menjadi perhatian mereka yang mempunyai niat tidak baik.

“Orang kata menjengkelkan nak kemas kini 24 jam pun buatlah. Jangan rajin sangat kongsi lokasi awak dalam media sosial.

“Kongsi satu jam atau sehari selepas berada di tempat kejadian. Kalau rasa tak sedap hati, jangan muat naik dulu.Orang boleh kesan lokasi dan serang anda bila-bila masa sahaja.

“Biar ada privasi dalam media sosial tetapi bukan dengan keluarga. Nasib arwah kongsikan aktiviti dia. Kalau tidak, kita tak akan dapat tahu. Salam takziah, Aufahanie,” coretnya lagi.

Malam tadi, pihak polis Selangor mengesahkan mayat seorang lelaki yang ditemui di sekitar jambatan Sungai Klang ialah penyanyi meningkat naik, Nidza Afham sekitar jam 7 malam.

Terdahulu, adik Allahyarham iaitu penyanyi Aufahanie memaklumkan abangnya dilaporkan hilang sejak malam Selasa selepas keluar melakukan aktiviti jogging di Stadium Klang.

hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER: Instagram Sweet Qismina

 

 

 


Posted

in

, , , , ,

by

Comments

Leave a Reply