Kulit Nanas Jangan Dibuang, Boleh Buat Baja, Buah Lebat & Cantik

Kulit nanas biasanya kita buang begitu sahaja. Tahukah anda, selain kulit bawang, kulit nanas pun boleh dijadikan baja organik. Menariknya, baja organik dari kulit nanas ini boleh melebatkan dan mencantikkan buah.

Isi nanas kita makan, kulitnya kita jadikan baja. Berikut dikongsikan ‘resipi’ baja organik menggunakan kulit nanas.

Bahan-bahan:

1 kg kulit nanas
1 kg gula merah
1 botol yakult
Air hujan/air mineral

Cara-cara:

1. Kisar kulit nanas dengan air hujan atau mineral.

 

 

 

 

2. Larutkan gula merah dan yakult sedikit demi sedikit.

3. Peram bancuhan di kawasan teduh selama 2 minggu dengan menggunakan bekas kedap udara.

4. Buang gas perapan setiap hari dengan membuka penutup sedikit dan tutup semula. (kalau anda skip langkah ini, perapan boleh meletup dan mengotorkan seluruh ruang)

5. Lepas 2 minggu, tapis dan asingkan serdak.

 

6. Simpan air yang telah ditapis manakala serdaknya diperam semula sampai terurai 100 peratus.

Cara guna:

1. Ambil 10 ml pati air nanas dan bancuh bersama satu liter air. Semburkan pada pokok nanas dan buah-buahan lain seperti jambu, limau, durian, terung, cili dan sebagainya.

2. Sembur pada waktu petang setiap tiga hari sekali. Kalau tak sempat, boleh buat seminggu sekali. Jika ada pokok yang sedang berputik, boleh sembur pada putik untuk lebih cantik dan buah melekat.

INFO: Sebenarnya, semua buah yang manis sesuai dijadikan baja buah. Yang penting, kerajinan. Sayang kalau dibuang.

Sumber: Cikwan redzuan

Baca artikel berkaitan: Lepas Tuai Nanas, Jangan Terus Dicabut Pokoknya Tapi Buat Begini Untuk Dapatkan Anak Pokok Baru!

Dari Sebiji Nanas, Boleh Semai Jadi 4 Anak Benih. Begini Caranya!

 


Posted

in

,

by

Comments

Leave a Reply