Suami menyusul pergi selepas dua minggu isteri meninggal dunia bersalin anak ke empat. Hanya selepas dua minggu pemergiannya isterinya, seorang lelaki menyusul ‘pergi’ selepas ahli keluarganya mendapati dia tidak sedarkan diri.
Suami Menyusul Pergi Selepas Dua Minggu Isteri Meninggal Dunia Bersalin Anak Ke Empat
Safry Roslan, 35, disahkan meninggal dunia kira-kira jam 2.50 pagi di Hospital Duchess of Kent (HDOK), Sandakan, Sabah. Terdahulu isterinya, Airyn Darwisa Rudy, 25, meninggal dunia pada 30 Julai lalu ketika melahirkan anak keempat mereka.
Menurut adiknya, Jefrie Roslan, 29, arwah abangnya dalam keadaan sihat tetapi sehari sebelum meninggal dunia dia bersikap luar biasa dengan ahli keluarga dan rakan sekerja.
“PADA ISNIN LALU, ARWAH KELIHATAN SIHAT SAJA DAN PERGI KERJA SEPERTI BIASA. CUMA ADA KAWAN-KAWAN MEMBERITAHU DIA BERSIKAP PELIK APABILA SEPANJANG HARI ITU DIA BERSALAMAN, MEMINTA MAAF DAN MEMELUK RAKAN-RAKAN SEKERJA.
“Ketika di rumah pula, dia bawa kami sekeluarga makan bersama-sama dan turut meminta maaf jika ada salah dan silapnya.
“Pada awalnya saya tertanya-tanya tetapi saya menganggap mungkin dia rindukan arwah isterinya,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.
Menurut Jefrie, arwah abangnya berubah sikap selepas isterinya meninggal dunia.
“PADA MALAM SEBELUM DIA ‘PERGI’, KAMI BERSEMBANG DAN DIA BERCERITA ARWAH ISTERINYA ADA BERTEMU DAN MENGAJAKNYA KE ‘RUMAH’ BAHARU MEREKA YANG CANTIK.
“Saya anggap mungkin arwah terlalu rindukan isterinya kerana selepas isterinya meninggal, dia kerap bermimpi dan mengigau,” katanya.
Katanya lagi, arwah abangnya tidur sekitar hampir jam 12 tengah malam dan beberapa kali mengigau sehingga terpaksa dibangunkan.
“DIA MENGIGAU SEKITAR JAM 1 LEBIH PAGI, KAMI BANGUNKAN DIA DAN DUDUK SEKEJAP SEBELUM BARING SEMULA TETAPI DIA TERUS MENGIGAU.
“TIDAK LAMA KEMUDIAN, TIADA KEDENGARAN SUARA DIA MENGIGAU DAN TERUS SENYAP. KAMI PANTAU KEADAANNYA TETAPI DIA SEPERTI TIDAK SEDARKAN DIRI.
“Dia sedar sekejap dan menarik nafas kemudian diam. Dalam tiga kali dia begitu,” katanya.
Jefrie berkata, memandangkan keadaan abang agak teruk dan bibirnya mulai pucat, keluarga membawanya ke hospital.
Van jenazah yang sama membawa jenazah Allahyarham Safry selepas dua minggu menguruskan jenazah isterinya.
“Kami kemudian dimaklumkan dia sedang kritikal dan meminta kami terus berdoa sementara doktor berusaha tetapi sekitar jam 2.50 pagi, akhirnya abang disahkan telah tiada,” katanya.
Jefrie berkata, arwah abang dikebumikan di sebelah kubur arwah isterinya di Tanah Perkuburan Islam Jalan Aman Sandakan.
Van jenazah yang sama membawa jenazah Allahyarham Safry selepas dua minggu menguruskan jenazah isterinya.
“Alhamdulillah, semuanya telah selesai jam 8 malam tadi.
“Kami tidak mengharapkan apa-apa, kami hanya harap jika ia telah tular sebelum ini, berilah komen yang baik-baik supaya anak-anak arwah sudah besar nanti tahu kisah ibu bapa mereka,” katanya.
Ditanya nasib empat anak arwah yang kini telah menjadi yatim piatu, Jefrie berkata, bayi yang baru dilahirkan itu kini dalam jagaannya bersama isteri.
“Walaupun saya anak keempat dan arwah anak sulung, tetapi kami sangat rapat kerana tinggal bersama-sama.
“JADI SEBELUM DIA PERGI, DIA ADA BERPESAN MEMINTA SAYA MENJAGA ANAKNYA YANG BARU DILAHIRKAN ITU.
“TIGA LAGI ANAKNYA MASING-MASING BERUSIA LIMA, EMPAT DAN DUA TAHUN KINI DIJAGA OLEH NENEK MEREKA,” KATANYA.
Sebelum itu, pemilik akaun TikTok Abam Botak atau nama sebenarnya, Yunizam Yusop, 36, menerusi satu video yang dimuat naiknya pada Selasa memaparkan van jenazah yang dikendalikannya terlibat dalam pengurusan jenazah arwah.
@abambotakpeduli Berpisah didunia bertemu semula di negeri abadi 🤍 #islamic_video #alfatihah
“Dua minggu lepas si isteri pergi buat selamanya saat melahirkan anak mereka, hari ini suami pula menyusul sama.
“Moga ALLAH jaga anak mereka,” kongsinya dalam video berdurasi 36 saat itu.
Yunizam berkata, dia tidak menyangka arwah yang menghubunginya dua minggu lalu juga turut menyusul pergi meninggalkan ahli keluarga yang lain.
“Minggu lalu isterinya meninggal dunia, arwah yang hubungi saya untuk pengurusan jenazah isterinya. Saya tidak sangka si suami menyusul pula hari ini.
@abambotakpeduli 🥀😭
“Van jenazah yang sama juga digunakan pada dua minggu lalu untuk arwah isterinya dan kali ini untuk membawa Allahyarham,” katanya.
Sumber: Sinar Harian TikTok Abam Botak
Baca artikel lain juga: Wanita Meninggal Dunia Selepas Bersalin Seorang Diri Di Rumah
Zahirah Macwilson Kongsi Rasa Sedih Nenek Meninggal Dunia Terima Kasih Kerana Menjadi Peminat Saya
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.