Toyota Kembali Menggegar Arena Automotif Dengan Enjin Turbo 2.0 Liter Baharu

Desas-desus Mengenai Toyota MR2 GRMN Mid-Engine dan Kembalinya Legenda Celica

Toyota, jenama yang tidak asing lagi dalam dunia automotif, kembali mencuri tumpuan dengan pembangunan enjin baharu yang dijangka menggegar pasaran.

Menurut laporan dari media Jepun, Toyota sedang membangunkan enjin turbocharged 2.0 liter yang berpotensi menghasilkan sehingga 592 hp.

Satu angka yang luar biasa untuk enjin bersaiz sedemikian.

Apa yang lebih menarik, enjin ini dikhabarkan akan digunakan dalam model kereta ikonik seperti Toyota MR2 GRMN dan mungkin juga Celica.

Kehebatan Enjin Turbocharged 2.0 Liter

Toyota telah mengesahkan pembangunan enjin petrol baharu 1.5 liter dan 2.0 liter, sebagai sebahagian daripada kerjasama mereka dengan Subaru dan Mazda.

Enjin 2.0 liter yang sedang dibangunkan ini dijangka mampu menghasilkan kuasa sehingga 395 hp untuk versi jalan raya.

Untuk versi perlumbaan pula dikatakan mampu mencecah 592 hp (441 kW / 600 PS) tanpa bantuan elektrifikasi.

Enjin ini juga direka untuk bersaing dengan enjin turbo 2.4 liter semasa, tetapi dengan saiz yang lebih kecil dan kecekapan bahan api yang lebih baik.

Baca Juga : Toyota GR Corolla Facelift 2025 – Transmisi 8-Kelajuan Baharu, Casis Dikemas Kini

MR2 dan Celica: Legenda Kembali?

Laporan Best Car menyebut bahawa enjin turbocharged 2.0 liter ini mungkin menjadi pilihan untuk model-model Toyota yang akan datang.

Jangkaan mereka untuk kereta sport seperti MR2 dan Celica.

Kredit Foto : Website carscoops

Toyota MR2 GRMN, yang dikhabarkan akan menggunakan enjin ini, berkemungkinan besar akan dihasilkan dalam jumlah terhad untuk pasaran Jepun sahaja.

Model ini juga mungkin ditawarkan dengan sistem pacuan semua roda (4WD) GR-Four yang terkenal, serta pilihan transmisi automatik 8-kelajuan atau manual 6-kelajuan, mirip dengan yang terdapat pada model GR Corolla dan GR Yaris.

Bukan sahaja MR2, tetapi kembalinya Celica juga menjadi spekulasi hangat.

Celica, yang dahulu dikenali sebagai coupe dua pintu dengan enjin depan, mungkin kembali dengan kombinasi enjin 2.0 liter ini.

Adakah Ini Realiti Atau Mimpi?

Walaupun semua ini masih dalam kategori khabar angin, ia memberikan harapan kepada peminat kereta sport dan Toyota.

Jika benar mereka akan melancarkan MR2 GRMN dan Celica dengan enjin turbo 2.0 liter ini, ia pasti akan menghidupkan semula era kegemilangan kereta sport Toyota.

Sumber Artikel : carscoops

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

 


Posted

in

,

by

Comments

Leave a Reply