Pempengaruh kelahiran Malaysia, Sabrina Azhar mula mencipta nama sebagai pencipta kandungan sekitar tahun 2014.
Kredit Foto: jpbrinx
Kredit Foto: jpbrinx
Ketika itu, dia baru mencipta saluran YouTube dan menyiarkan program yang dipanggil LIFE-ING SERIES.
Ketika bergelar pelajar Kejuruteraan Mekanikal di Universiti Hanyang Korea Selatan, Sabrina sering berkongsi tentang kehidupan sehariannya di platform media sosial.
Kredit Foto: jpbrinx
Di kesempatan itu juga telah mendorong Sabrina untuk menterjemahkan kehidupannya sebagai pelajar Muslim dari Malaysia dengan mencipta kandungan yang mendidik dan menghiburkan.
Sebaik menamatkan pengajian di universiti tersebut pada Februari 2023, Sabrina kekal aktif di media sosial.
View this post on Instagram
Malah, namanya kian melonjak naik apabila diberi peluang untuk berlakon dalam drama Korea popular berjudul ‘Girl in the Mirror’ tahun lalu.
Kredit Foto: jpbrinx
MINAT MENARI
Berusia 23 tahun, Sabrina yang kini menetap di Seoul, Korea Selatan pernah mendapat liputan BBC World Service menerusi video temubual berjudul ‘Life of A Hijabi K-Pop Dancer’ disebabkan minatnya terhadap tarian.
Kredit Foto: jpbrinx
Sabrina meraih perhatian ramai menerusi video-video tarian lagu-lagu K-Pop.
Pun begitu, ramai merasa kurang senang dengan pendekatannya menghasilkan video menari dengan lenggok provokatif dengan berhijab.
Kredit Foto: jpbrinx
Video tersebut mendapat reaksi luar biasa dengan lebih 2.4 juta tontonan di Twitter sekaligus namanya menjadi bualan di media sosial.
Minatnya itu tidak disambut baik oleh warga maya dan kerap mendapat cemuhan.
View this post on Instagram
“Saya tak boleh kawal apa orang nak kata. Saya cuma boleh kawal apa yang saya rasakan mengenainya.
“Jadi, saya memilih untuk abaikan komen membenci yang saya terima,” kata Sabrina yang menganggap tarian dapat membantu dirinya menjadi lebih tenang.
Kredit Foto: jpbrinx
Lagi info mengenai Sabrina Azhar: –
- Pernah diundang oleh saluran YouTube Korea Selatan terbesar, Blimey untuk siri temu bual “3&More”.
- Pernah menjadi hos bagi menterjemah dan menemu bual kumpulan gadis K-Pop ‘TWICE’ untuk sesi Live Shopee di Seoul yang telah dirakam dan dimuat naik di TikTok.
- Pernah menjadi hos dalam rancangan masakan untuk Minggu Restoran Halal 2021 bersama pemenang musim ketiga “MasterChef” Korea, Cef Choi Gwang-ho. Dalam rancangan itu, Sabrina turut memperkenalkan snek kegemaran rakyat Malaysia iaitu pisang goreng kepada penonton Korea.
Kredit Foto: jpbrinx
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.