Resipi Asam Pedas Ikan Mayung Dengan Telur Mayung. Kuah Buat Pekat, Baru Sedap

Kalau dapat ikan mayung bersama telurnya sekali, lauk paling sesuai untuk dimasak tentunya asam pedas. Bila makan telurnya terasa meletup-letup di dalam mulut.

Dapat pula asam pedas Johor dengan kuah yang pekat memang akan bertambah-tambah nasi dibuat.

Cara buat asam pedas ikan mayung dan telur ikan mayung

Bahan-bahan:

1 kg ikan mayung dan telurnya
1 sudu lada hitam -ditumbuk
10 tangkai daun kesum
Bendi ( terpulang nk byk mana)
1 batang bunga kantan -dibelah dua
1 cawan air asam jawa
Minyak untuk menumis (minyak perlu banyak, bila dah masak boleh senduk buang)
Air secukupnya

Bahan dikisar:

20 tangkai cili kering – direbus
5 ulas bawang merah
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 inci kunyit hidup
2 inci halia
Sedikit belacan

Cara membuat

1. Panaskan minyak (perlu banyak) dan tumis bahan-bahan yg dikisar sehingga betul-betul pecah minyak serta naik bau.

2. Masukkan air asam jawa, daun kesum serta bunga kantan, kemudian masukkan a mayung, tambah air secukupnya. Asam pedas Johor jangan cair, biar pekat tapi jangan pekat sangat.

3. Kemudian tambahkan garam, gula dan sedikit bahan perasa, kecilkan api. Biarkan mereneh sehingga ikan masak.

4. Masukkan bendi bersama telur mayung yang telah direbus separuh masak tadi. Tak perlu masak lama kerana telur akan jadi keras. Bila bendi sudah lembut boleh tutup api dan sedia dihidangkan.

Tip bersihkan telur ikan mayong
  • Rendam telur dan basuh bersih menggunakan tepung gandum dan limau nipis terlebih dahulu bagi menghilangkan bau hanyir.
  • Kemudian didihkan air dan masukkan sedikit cuka, bila air mendidih perlahankan api dan masukkan telur secara perlahan-lahan dan rebus sehingga separuh masak.
  • Akan ada telur yang pecah tapi tak banyak sangat. Tak perlu kacau untuk elak ia pecah.
  • Bila sudah separuh masak boleh angkat dan lalukan di bawah air paip supaya telur yang pecah tadi tak melekat. Kemudian bolehlah teruskan memasak asam pedas

Sumber: Nor Khomariah Norrohman.

 

Comments

Leave a Reply