Penggemar Kek Keju Jepun kena cuba resipi yang satu ni. Dijamin menjadi walaupun pertama kali mencubanya.
Menurut saudari AiLa, sebelum ini beliau telah mencuba beberapa resipi Kek Keju Jepun. Dalam banyak-banyak yang dicuba, resipi yang ini adalah yang terbaik hasilnya. Elok rupanya. Paling pentig ada ketuhar dan mixer. Pasti puas hati bila menikmati kek yang dimasak sendiri ini.
Tak sabar nak cuba? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan serta cara memasaknya. Let’s cooking!
CARA MEMBUAT KEK KEJU JEPUN YANG SEDAP & GERENTI JADI
BAHAN A:
8 keping keju cheddar – boleh ganti 250gm cream (lebih sedp guna keju cheddar)
75gm mentega – beli online disini
200ml susu segar
BAHAN B:
4 biji telur gred A – asingkan putih dan kuningnya
½ sudu teh cream of tartar
75gm gula kastor
75gm tepung naik sendiri
Esen vanilla – beli online disini
BAHAN TOPPING (satukan & pukul sebati):
Krim keju
1 sudu jus lemon
Susu pekat manis secukupnya – beli online disini
CARA MEMASAK:
1.Untuk bahan A, panaskan susu mengguakan teknik double boiler.
2. Koyakkan keju dan masukkan ke dalam susu.
3.Kacau sebati dan masukkan mentega hingga cair.
4. Untuk bahan B, pukul putih telur sampai kembang.
5.Masukkan cream of tartar dan gula kastor. Pukul lagi sampai kembang & bila telungkup adunan tidak jatuh.
6. Dalam bekas berasingan, pukul juga kuning telur. Letak sedikit esen vanila.
7.Masukkan bahan A ke dalam kuning telur. Pastikan ia ditapis.
8. Kacau guna senduk hingga sebati.
9. Bila adunan sudah sebati, masukkan tepung. Sebatikan.
10. Kemudian masukkan adunan putih telur tadi sedikit demi sedikit.
11. Kacau manja menggunakan senduk hingga sebati.
12. Tuang adunan ke dalam loyang bersaiz 8 inci yang telah dialas dengan kertas minyak dibawahnya. Nak letak kertas minyak di bahagian tepi loyang pun boleh tapi jangan oles acuan dengan minyak atau mentega.
13. Bakar kek guna kaedah water bath pada suhu 160C selama lebih kurang 1 jam. Namun masa mungkin berbeza mengikut oven masing-masing.
14. Bila kek telah sejuk, hiaskan dengan topping dan parutan keju cheddar.
15. Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: AiLa
Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan pelbagai resipi terkini yang mudah & enak di laman web RASA
Resipi Nasi Briyani Udang Mudah & Sedap Boleh Masak Sempena Deepavali
Tak Perlu Kisar Rempah, Resipi Kari Ayam Sedap Ni Memang Mudah
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.