Siapkan Mental Di Hujung Kehamilan, Ini Posisi Bersalin Mak-Mak Kena Praktis!

Memasuki minggu ke 32 hamil, anda sudah boleh memilih dan mempraktikkan posisi bersalin. Latihan perlu dibuat terutama bagi ibu yang hamil anak sulung.

Mengenali posisi ini dapat membantu anda terutama apabila tiba masa untuk bersalin. Tidak akan timbul masalah “tak tahu,” dan “tak bersedia.” Yang penting, persediaan awal ini boleh mengurangkan rasa gementar bila berada di bilik bersalin.

Lazimnya, kontraksi boleh berlaku dan berlanjutan sehingga 7 hingga 8 jam. Ada juga yang mengalami masalah tersebut sehingga setengah hari dan lebih.

Oleh itu, anda tidak hanya perlu berlatih dan memilih posisi bersalin, tetapi anda juga perlu tahu bagaimana caranya untuk memberi keselesaan diri ketika mengalami kontraksi.

Posisi bersalin
Latihan mengurangkan sakit ketika kontraksi kemudian diikuti dengan latihan posisi bersalin. Di negara kita ramai di kalangan ibu hamil melalui kaedah bersalin secara konvensional iaitu berbaring pada katil khas dan kaki dibuka luas.

Namun terdapat juga beberapa kaedah yang boleh dicuba. Walaupun ia nampak janggal tetapi, sesetengah negara mempraktikkan posisi tersebut.

Pembedahan
Proses ini tidak perlukan Latihan namun menjadi semakin popular di negara kita. Tetapi anda perlu bersedia dari sudut mental dan wang. Kaedah ini selalunya dilakukan akibat berlakunya komplikasi ketika hendak melahirkan atau posisi bayi dalam kandungan tidak normal.

Misalnya kedudukan bayi songsang atau pintu rahim sukar membuka. Jadi, untuk mengelakkan sebarang masalah pada ibu dan anak berlaku, pembedahan terpaksa dilakukan. Walau bagaimanapun, ada juga ibu hamil yang lebih suka memilih kaedah ini walaupun tidak mengalami sebarang komplikasi.

Duduk tegak
Posisi ini adalah posisi popular di kalangan ibu hamil. Anda hanya perlu duduk dengan kecondongan mengikut kehendak anda. Untuk lebih selesa, kecondongan itu diampu dengan beberapa biji bantal pada bahagian belakang badan. Kaki dibuka luas dan dagu dirapatkan pada dada. Tangan pegang pada lipatan lutut sambil meneran.

Ada sebilangan hospital, ibu hamil diberi katil khas. Katil ini mempunyai tiang keluli untuk ditolak menggunakan kaki. Pada tiang keluli itu juga, terdapat tali yang boleh dipegang dan ditarik. Jadi anda hanya perlu berbaring dan meletakkan kaki dalam keadaan terbuka ke atas rod keluli tersebut.

Tangan pula berpaut pada tali. Apabila sampai masanya, anda dapat menyalurkan sepenuh tenaga untuk meneran. Kuasa tendangan kaki dan tarikan pada tangan ini dapat membantu ibu mengeluarkan anak dengan segera. Kaedah ini sangat elok untuk ibu hamil yang masih tidak ada pengalaman bersalin.

Mencangkung
Posisi ini adalah yang terbaik untuk kelahiran. Hal ini kerana, bukaan pelviks lebih lebar dan tarikan graviti dapat memudahkan anak keluar. Mungkin kaedah ini meletihkan tetapi jika membuat banyak latihan lebih awal, anda akan biasa yang rasa lebih mudah.

Sekiranya anda merasakan tidak boleh mencangkung sendirian tanpa dibantu, ajak suami berlatih bersama anda. Caranya adalah dengan posisi suami duduk pada kerusi dan isteri mencangkung membelakangi iaitu dicelah bukaan kaki suami. Letakkan tangan pada paha suami dan mula meneran.

Melutut
Posisi ini mungkin tidak seletih mencangkung. Tetapi anda perlukan dua orang teman untuk melakukan kaedah ini. Dua orang pembantu diperlukan. Seorang di sebelah kanan dan seorang lagi di sebelah kiri. Pada posisi ini, anda perlu melutut sambil kaki dibuka dengan luas. Tangan anda berpaut pada bahu pembantu di kiri dan kanan. Sebelum meneran, pastikan belakang anda berada dalam keadaan tegak.

Wheel Chair
Salah satu kaedah terkini proses kelahiran adalah menggunakan wheel chair. Sesetengah hospital swasta di negara ini sudah pun menggunakan kaedah tersebut. Penggunaan wheel chair ini bukan sahaja memudahkan ibu bersalin, tetapi dapat mengurangkan rasa sakit ketika berlaku kontraksi.

Dalam Air
Kaedah ini paling jarang atau tidak pernah langsung dilakukan di sini. Kaedah ini dikatakan paling ideal kerana ketika proses kelahiran, ibu tetap rasa selesa kerana hampir separuh badan ibu hamil ini ditenggelami air. Biasanya kaedah tersebut perlu dilakukan di dalam tab mandi atau apa sahaja alat yang boleh menakung air dan cukup ruang untuk ibu masuk ke dalamnya.

Proses kelahiran ini berlaku dalam keadaan posisi ibu duduk tegak. Anda tidak perlu khuatir bayi yang dilahirkan akan lemas. Hal ini kerana, apabila proses kelahiran berjaya, bayi dengan segera di bawa keluar dari dalam air.

Walau apa pun pilihan anda, perkara utama yang perlu anda latih dan latih adalah persediaan minda anda untuk menghadapi situasi ketika bersalin. Walau sebanyak mana pun latihan yang dilakukan, jika tidak ada keyakinan diri, sukar untuk anda menempuh pengalaman bersalin dengan cara menyeronokkan.

Menarik: “Anak Dah Sepasang” Tak Mahu Czer Kali Ke-3, Shila Amzah Tak Rancang Tambah Anak!

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my

 


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply