Makeover Bilik Baju Sempit Jadi Ruang Menjahit, Guna Meja Lipat Mudahkan Potong Kain

Makeover Bilik Baju Sempit Jadi Ruang Menjahit, Guna Meja Lipat Mudahkan Potong Kain. Ramai sebenarnya pemilik kediaman yang mempunyai hobi menjahit. Baik secara profesional mahupun suka-suka. Bila ada ruang menjahit di rumah, rasa seronok itu lain macam. Malah selain hobi, boleh juga dijadikan pendapatan sampingan.

Cuma bagi kediaman yang mempunyai keluasan terhad, untuk memiliki bilik khas bagi ruang menjahit amatlah terbatas. Namun dengan kreativiti yang ada ruang yang terhad juga boleh dijadikan ruang menjahit pada kediaman.

Baca perkongsian daripada Puan Sharubariyah Abu Bakar ini sebagai inspirasi.

Bilik Baju Bertukar Jadi Ruang Menjahit

Kata Puan Sharubariyah, “Asalnya bilik ni merupakan bilik baju.. Saya terasa nak menjahit setelah bertahun-tahun lamanya, hobi ini ditinggalkan.

Bilik diubah suai, sedikit ruang menjahit disediakan. Memandangkan bilik ini sempit, jadi saya gunakan meja ikea boleh lipat untuk dijadikan meja memotong kain.

Tempat benang beli di Shoppe, bekas kecil-kecil beli di Eco shop dan storage box besar beli di Ikea.”

Transformasi Ruang Jahitan Idaman

Sebelum

  • Tudung – dalam gulungan. Katanya, sebahagian dah diberi pada orang. Sebab nak buatkan bilik menjahit.
  • Tempat gantung baju drill guna wall plug besi jenis L shape.

Selepas

  • Sediakan loteng, bahagian atas stor.

  • Rak benang beli di shoppe.

  • Meja lipat Ikea – setakat ini, meja stabil. Tak gerak-gerak waktu kerja-kerja menyulam.

  • Boxes putih dan rak beli di Ikea.

  • Drawer beli di Ikea. Gunakan drawer untuk letak gunting dan kertas pola. Labelkan setiap drawer agar mudah nak cari.

  • Tempat simpan barang keperluan jahitan.

 

  • Buku-buku jahitan disusun kemas.

IMPIANA : Puas hati kan bila ada ruang menjahit tersendiri. Seronok nak buat kerja-kerja menjahit tu. Rasa bahagia pun datang. Bolehlah cuba idea bina ruang jahitan seperti yang dikongsikan di atas.

Sumber/Foto : Sharubariyah Abu Bakar

Mesti Baca:Transform Bilik Terbiar Jadi Bilik Kerja, Hanya 9 Hari Tapi Hasilnya Wow!
Baca Lagi Di Sini:Mak Pesan Kerja Rumah Jadikan Rutin, Rumah Bersih Automatik Rasa Tenang
Artikel Menarik:RM 200 Guna Barang Kedai Bajet Untuk Dapur Cantik

Comments

Leave a Reply