Muat Naik Video Cerai Hanya Buka Aib Rumah Tangga, Rakaman Video Patut Jadi Bahan Bukti Di Mahkamah

Muat naik video cerai hanya buka aib rumah tangga, rakaman video patut jadi bahan bukti di mahkamah. Dalam era digital yang semakin maju, media sosial telah menjadi platform utama bagi ramai orang untuk berkongsi kehidupan harian mereka.

Muat Naik Video Cerai Hanya Buka Aib Rumah Tangga, Rakaman Video Patut Jadi Bahan Bukti Di Mahkamah

Bagaimanapun, ada sesetengah perkara yang sepatutnya kekal sebagai urusan peribadi, terutamanya apabila melibatkan isu sensitif seperti perceraian.

Baru-baru ini, terdapat trend yang membimbangkan di mana pasangan yang bercerai memuat naik video atau kandungan berkaitan perceraian mereka di laman sosial. Tindakan ini bukan sahaja membuka aib rumah tangga tetapi juga memberi impak negatif kepada semua pihak yang terlibat.

Tindakan mana-mana pasangan yang membuat sesi siaran langsung atau memuat naik video perceraian di laman sosial dilihat hanya membuka aib rumah tangga itu.

Terdahulu, tular kisah seorang peniaga kosmetik dalam talian yang diceraikan suaminya dengan talak satu ketika dia bersiaran langsung di TikTok.

Terbaharu, penyanyi, Datuk Nora Ariffin memuat naik video di Instagram yang memaparkan suaminya iaitu Dr Rushdi Ramli, melafazkan cerai talak satu terhadap dirinya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DATUK NORA ARIFFIN (@itsnoraariffin)

Pensyarah Fiqh Fatwa Kontemporari, Pusat Kajian Syariah dan juga Timbalan Dekan Industri, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Datuk Dr Mohd Izhar Ariff berkata, bahan sebegitu sepatutnya diserahkan kepada mahkamah sebagai bahan bagi memastikan hak mereka iaitu isteri terbela.

“Saya bersetuju untuk golongan isteri mendapatkan hak mereka dengan merakam video ataupun suara, tetapi saya tidak bersetuju untuk dibuat secara langsung atau muat naik rakaman itu di media sosial.

“Perkara itu hanya akan membuka keaiban rumah tangga itu.

“Oleh kerana itu, saya nasihatkan orang awam terutama suami dan isteri, kalau terdapat apa saja bukti, ia bukan disiarkan dan dimuat naik di laman sosial. Tetapi digunakan bahan itu untuk diberi kepada peguam dan mahkamah bagi membela hak mereka.

“Perkara ini penting bagi memastikan mereka ini tidak dinafikan hak, tidak difitnah oleh suami atau bekas suami atau keluarga suami. Dalam erti kata lain, kena bijak dalam kita membuat apa-apa keputusan,” katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, perceraian yang ditayangkan di media sosial hari ini seakan sudah menjadi satu trend.

“Akhir-akhir ini memang betul saya melihat bahawa trend menceraikan isteri secara langsung atau rakaman semakin meluas dalam kalangan masyarakat.

“Kita faham bahawa perempuan ataupun isteri ingin merakam bertujuan untuk menjadikan ia bukti bahawa mereka sudah diceraikan.

“Ini kerana, ada dalam kalangan masyarakat kita, khususnya orang lelaki, yang mereka ini lafaz cerai kemudian mereka nafikan. Bagi mereka tidak ada saksi, tidak ada orang yang tengok kecuali isteri,” katanya.

“Jadi, mereka beranggapan bahawa hanya seorang isteri yang mendengar mereka boleh menafikan. Malah boleh mengatakan bahawa mereka tidak menceraikan isteri serta pelbagai alasan lain.

“Disebabkan itu, ramai orang perempuan hari ini hendak menjaga dan mendapatkan hak mereka dengan merakam video, suara dan seumpamanya untuk membuktikan di mahkamah bahawa mereka diceraikan oleh si suami,” katanya lagi.

Perceraian adalah perkara peribadi yang penuh dengan emosi dan memerlukan penyelesaian yang bijaksana. Memuat naik video atau kandungan berkaitan perceraian di media sosial mungkin nampak seperti cara mudah untuk meluahkan perasaan, tetapi ia sebenarnya membuka aib rumah tangga dan membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan.

Oleh itu, adalah penting untuk mengutamakan privasi, menghormati perasaan semua pihak yang terlibat, dan menangani masalah dengan cara yang lebih positif dan membina.

Sumber: Harian Metro

Kredit video: Instagram Nora Ariffin 

Baca artikel lain juga: Wanita Buat Laporan Polis Bila Ibu Mentua Antivaksin Beri Anak Demam Makan Madu, Nak Bercerai Dengan Suami

Suami Fail Cerai Kerana Ada HIV Lepas Dirog*l, Peguam Nasihat Isteri Sila Jadi Cerdik “Tak Semua Cerita Laki Kena Percaya”

 

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE

“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.

“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.

“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.

Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…

Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.

Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.

Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.

Comments

Leave a Reply