Burger Tofu Perisa Kari Cheese Leleh, Resipi Sihat Untuk Anda

Anda nak hidangan yang lebih sihat dan enak? Jom cuba buat Burger Tofu Perisa Kari Cheese Leleh ni. Sesuai untuk yang tengah diet tu. Setiap gigitan memang padu. Lebih-lebih lagi bila guna Keju Chesdale Burger, keju yang tinggi dengan kalsium dan protein. Paling best sebab keju ni mudah mencair. Nak lagi ngam, cuba minum dengan Fernleaf Minuman Yogurt Greek Style Mango terbaru ni. Baik untuk penghadaman. Jom cuba!

BURGER TOFU PERISA KARI CHEESE LELEH

BAHAN-BAHAN A:

  • 4 biji tofu – hancurkan
  • 1 batang lobak merah – parut halus
  • ½ cawan breadcrumbs
  • 2 sudu makan tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 1 sudu teh serbuk kari
  • 1 sudu teh serbuk cili
  • ½ sudu teh lada sulah
  • ½ sudu teh garam
  • Bahan-bahan lain:
  • 4 biji bun bulat – belah tengah
  • 10-12 keping Chesdale Burger
  • Anchor Unsalted Butter
  • Hirisan tomato
  • Daun salad secukupnya
  • Sos cili secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Satukan semua bahan A di dalam mangkuk.  Gaul sebati kemudian bentukkan bulat dan leperkan jadi patty burger.
  2.  Panaskan sedikit Anchor Unsalted Butter dalam kuali leper.  Letak beberapa keping burger tofu lalu gril hingga masak di kedua-dua bahagian.
  3. Di dalam kuali kecil, letak 4-6 keping Chesdale Burger lalu cairkan sepenuhnya.  Celup kepingan burger tofu ke dalam cairan Chesdale Burger sepenuhnya,
  4.  Sapu sedikit Anchor Unsalted Butter pada roti lalu gril kan.
  5.   Untuk membuat burger; letak daun salad dan hirisan tomato atas roti. Kemudian letak sekeping burger tofu yang telah disaluti dengan cairan keju, sos cili secukupnya, lebihan cairan Chesdale Burger dan sekeping Chesdale Burger.  Tutup dengan sekeping lagi roti.
  6.  Nikmati burger bersama Fernleaf Minuman Yogurt Greek Style Mango yang enak dan berkhasiat.

 

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

Kari Ayam Berkrim, Menu Mudah Kegemaran Ramai

Pasta Goreng Cili Padi Berkeju, Gabungan Rasa Pedas & Keju Yang Enak

Bunga Kobis Masala Berkeju, Rasa Lemak Berkrim & Enak

Quesadilla Daging Kunyit Berkeju, Menu Istimewa Yang Lazat

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official:

 

Comments

Leave a Reply