Cantiknya Dekorasi Bilik Jagaan Selepas Bersalin SYAHRINI, Rona Merah Jambu Jadi Pilihan

Penyanyi Indonesia, Syahrini kini bergelar ibu kepada seorang cahaya mata perempuan yang dilahirkan pada 1 Ogos 2024 lalu. Syahrini dan suaminya, Raino Barack akhirnya memegang status ibu bapa setelah lima tahun perkahwinan.

Kredit Foto: princessyahrini

Kredit foto: princessyahrini

Tambah bahagia apabila anak sulung mereka yang digelar Puteri R itu berkongsi tarikh lahir yang sama dengan Syahrini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by S.G (@syahrini.gallery)

“Terima kasih atas segala kasih sayang, hadiah dan ucapan buat Puteri ‘R’. Alhamdulillah kami bersyukur.

“Terima kasih Ya Rabb, bertambahnya usia tahun ini bertepatan dengan kelahiran buah hati kami. Penantian yang berhujung indah. Pencapaian dari kesabaran dan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu semata-mata atas reda dan izinMu.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SYAHRINI (@princessyahrini)

Lebih istimewa, turut disediakan bilik jagaan selepas bersalin buat Syahrini yang berlatarkan rona merah jambu.

Menerusi muat naik di Instagram, Syahrini berkongsi dekorasi ruang bilik tersebut yang penuh dengan hiasan comel bermula dari pintu masuk.

Melihat kepada dekorasinya, terserlah keterujaan dan kasih sayang pasangan ini yang sekian lama menanti kehadiran zuriat sulung mereka itu.

Kredit Foto: princessyahrini

Rona merah jambu memenuhi bilik jagaan selepas bersalin Syahrini. Dari hadapan pintu tergantung huruf ‘R’ yang dihiasi dengan tulle dan dua reben besar.

Masuk ke dalam bilik, belon merah jambu melekat di siling dengan reben berjuntai.

Bunga dan kek juga tidak dapat dipisahkan dalam hiasan menyambut kelahiran Puteri R.

Kredit Foto: princessyahrini

Ruang katil Syahrini turut dihias di mana terdapat reben besar berwarna merah jambu yang dihias dengan belon mengindahkan lagi ruangan.

Kredit Foto: princessyahrini

Dalam gambar yang dikongsi, Puteri R yang sedang nyenyak tidur dikelilingi bunga-bunga indah.

Kredit Foto: princessyahrini

Tidak ketinggalan, Syahrini turut menyediakan katil dan selimut dengan initial khas buat puteri kesayangannya itu.

Kredit Foto: princessyahrini

Kredit Foto: princessyahrini

BACA JUGA: Pernah Dua Kali Keguguran SYAHRINI Kini Dalam Fasa Bahagia, Usia Kandungan Cecah 7 Bulan

Syahrini turut menitipkan ucapan penghargaan buat suami tercinta atas segala pengorbanannya selama ini.

“Terima kasih buat suami ku yang luar biasa memanjakan dan sentiasa sedia mendampingi. Welcome to fatherhood imam terbaik,” tulis Syahrini.

Kredit Foto: princessyahrini

Terdahulu, Syahrini pernah mengalami keguguran sebanyak dua kali. Hanya dengan kehamilan kali ketiga barulah Puteri R dilahirkan.

Syahrini dan Raino Barack bernikah pada Februari 2019. Semoga Puteri R membesar menjadi anak yang solehah, bijak dan secantik ibunya.

 

Comments

Leave a Reply