Masak lemak cili api resipi dari Negeri Sembilan seringkali digandingkan dengan sayur-sayuran. Bukan saja enak tapi juga hidangan jadi lebih lengkap dengan khasiat dari sayuran. Salah satunya adalah hidangan ikan tenggiri masak lemak cili api dengan pegaga.
Dikongsi oleh SuiSan Aliezsha hidangan yang enak ini juga boleh disajikan sebagai menu ibu berpantang. Cuma perlu gantikan cili api dengan lada hitam.
Resipi ikan tenggiri masak lemak cili api dengan pegaga
Bahan-bahan
600 gm – ikan tenggiri (boleh beli tenggiri bunga, kerana isinya lebih lembut dari tenggiri batang)
Cili api – ikut tahap kepedasan yang disukai
Kunyit hidup – secukupnya
1 biji kelapa parut – saiz besar, perah ambil santan dan pastikan guna kelapa tua
Asam keping
Pegaga
Cara membuat
1. Tumbuk cili api dan kunyit hidup hingga lumat.
2. Sediakan kuali, masukkan ikan, bahan ditumbuk dan santan. Masak menggunakan api sederhana sehingga mendidih.
3. Selepas mendidih masukkan asam keeping dan garam secukup rasa.
4. Apabila kuah sudah masak dan pekat, masukkan pegaga. Kacau dalam beberapa minit. Tutup api dan hidangkan.
Sumber: SuiSan Aliezsha
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.