Resipi Ikan Rebus Goreng Cara Kampung, Letak Bawang Cili Memang Sedap

Ikan rebus goreng. Lauk kampung yang ringkas namun sangat enak dan membuka selera. Goreng garing-garing dan nikmatinya segera bersama nasi putih hangat. Dicicah dengan budu, sambal belacan dan ulam-ulaman, lagi berselera dimakan. Baunya ketika digoreng sangat menggugat iman. Harum! Isi ikan yang pejal dan wangi, rasa manis, masam dan masin yang seimbang, memang tak jemu dimakan. Saudari Afy Al Habibi ada kongsikan resipinya. Jom lah cuba! Anda pasti sukakan rasanya.

CARA MASAK IKAN SELAYANG REBUS YANG SEDAP, TAK HANYIR & PEJAL

BAHAN-BAHAN:
10 ekor ikan selayang / sardin – disiang dan dibersih
1 sudu besar garam bukit – beli online disini
1 senduk cuka – beli online disini
1 keping asam gelugur – beli online disini
1 keping kecil nise Kelantan atau gula melaka – beli online disini
1-2 hiris lengkuas
1 hiris halia
1 helai daun pandan
CARA MEMASAK:
1. Ikan selayang atau ikan sardin disiang dan dibersih.
2. Kemudian susun ikan dalam periuk.
3. Taburkan garam bukit dengan rata di atas ikan.
4. Masukkan cuka dan asam gelugur. Ia adalah tip untuk membuatkan isi ikan menjadi pejal.
5. Tidak perlu tambahkan setitik air kerana ikan akan menghasilkan air rebusan sendiri sewaktu dimasak nanti.
6. Untuk memberikan rasa ikan yang manis dan sedap, patahkan nise kelatantan atau gula melaka.
7. Masukkan juga hirisan lengkuas, halia dan daun pandan. Ia adalah rahsia mewangikan ikan rebus. Langsung tak ada bau hanyir lagi.
8. Rebus ikan guna api paling perlahan kira-kira 20 minit. Tutup dengan tudung periuk.
9. Buka penutup periuk dan besarkan sedikit api untuk mengeringkan lebihan air ikan yang terhasil sebelum ditutup api.
10. Biarkan semalaman untuk rasa yang meresap dan sebati.
11. Ikan Rebus sedia untuk dinikmati. Untuk rasa lebih sedap, ia boleh digoreng. Caranya ialah, panaskan minyak dalam kuali.
12. Masukkan ikan rebus dan goreng hingga garing guna api sederhana.
13. Tambahkan hirisan bawang dan cili untuk rasa enak yang lebih nikmat.

14. Boleh cuba cicah dengan budu.  Ikan rebus goreng ini juga enak dimakan bersama Pulut yang digaul dengan kelapa muda.

PETUA: Ketika menggoreng ikan rebus, minyak akan meletup-letup. Tutup kuali guna penutup periuk untuk mengelakkan minyak merecik.

Kredit resipi & foto: Afy Al Habibi

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Resipi Ayam Perattal. Cara Masak Ringkas Je Tapi Sangat Sedap

Resipi Terung Goreng Berlada Sedap, Begini Cara Masaknya

Resipi Bihun Goreng Singapore Versi Abah. Ringkas Je Tapi Sangat Sedap

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

 

 

 

 


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply