Resipi Peria Goreng Crispy ‘Super Rangup,’ Ini Resipi Ala Mamak Buat

Selalunya bila kita makan peria goreng di restoran mamak, peria gorengnya sangatlah rangup. Peria goreng antara menu yang sering menjadi pilihan setiap kali makan nasi kandar di restoran mamak. Kalau tak ada, memang tak lengkap makan nasi kandar.

Peria crispy memang enak dinikmati bersama nasi dan kari. Rupanya mudah sahaja nak masak peria goreng crispy. Bahan-bahannya pun tidak banyak. Paling best, peria ini kekal rangup sampai ke malam.

Resipi Peria Goreng Crispy ‘Super Rangup’

RESIPI PERIA GORENG CRISPY 

Bahan-bahan: 

Peria katak
Garam
Air
1½ sudu teh serbuk kunyit
1½ sudu makan serbuk cili
2 sudu teh serbuk lada putih
1½ sudu makan jintan manis
2 sudu makan tepung jagung
2 sudu makan tepung beras
Minyak masak secukupnya

Ini Resipi Ala Mamak Buat

Cara memasak:

1. Ambil peria dan hiris nipis. Kemudian cuci dan rendam dalam air garam selama 20 minit. Kemudian bilas lagi sekali.

2. Letak dalam mangkuk dan masukkan garam dengan secukupnya. Kacau sebati.

3. Kemudian masukkan serbuk kunyit, serbuk cili, serbuk lada putih dan jintan manis. Gaul sebati sekali lagi. Biarkan selama 30 minit.

 

4. Bila cukup masa, masukkan tepung jagung dan juga tepung beras. Gaul hingga semu bahan bersalut rata.

 

5. Panaskan minyak masak yang banyak dalam kuali. Biarkan hingga minyak betul-betul panas.

6. Bila minyak sudah benar-benar panas, tukar api kepada sederhana besar dan masukkan peria. Ini adalah tip untuk dapatkan peria yang betul-betul rangup dan tahan lama.

7. Bila sudah masak, angkat dan toskan minyaknya.

8. Sejukkan peria terlebih dhulu sebelum dimasukkan ke dalam bekas kedap udara.

NOTA: Pastikan peria betul-betul sejuk baru disimpan dalam bekas. Boleh tahan rangup sampai malam. Jangan simpan peria  yang masih panas waima suam sekalipun. Nanti ia akan jadi lemau.

Kredit resipi & foto: Sheena Supramaniam

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply