Punca Gemuk, Duduk Lama Sangat Buat Kerja Depan Komputer Pun Berkait!

Ini punca gemuk! Rupanya duduk di hadapan komputer atau memandu kenderaan dalam tempoh yang lama boleh membawa risiko kesihatan kepada badan anda.

Punca Gemuk, Duduk Lama Sangat

Selain mengalami sakit-sakit badan, anda juga berdepan banyak lagi komplikasi penyakit lain, antaranya:

1. Lemah otot

Posisi duduk yang terlalu lama boleh mengakibatkan otot badan terutama kaki dan bahagian punggung menjadi lemah.

Perkara ini disebabkan kedudukan duduk yang membuatkan otot fleksor pada bahagian pinggul menjadi lebih pendek dan tegang

Seterusnya, ini boleh menyumbang ke arah hilang keseimbangan badan.

Ini boleh mengakibatkan kita lebih mudah mengalami kecederaan akibat terjatuh terutama ketika melakukan aktiviti fizikal atau bersukan.

2. Obesiti

Lemak dan gula dalam badan boleh dicerna melalui aktiviti-aktiviti seperti joging, berbasikal atau berjalan.

Namun sekiranya kita menghabiskan masa dengan duduk dalam tempoh lama, secara tidak langsung ia menyumbang kepada masalah penghadaman yang tidak cekap.

Keadaan ini boleh menyebabkan lemak dan gula daripada makanan yang diambil mendap di dalam darah atau tidak digunakan oleh badan.

Jika dibiarkan, berisiko menyebabkan berat badan naik mendadak sehingga mengalami obesiti.

3. Masalah tulang belakang

Duduk terlalu lama juga menyebabkan sakit belakang kerana otot dan tulang menjadi kaku.

Ini boleh menjadi lebih rumit jika postur duduk tidak sesuai kerana ia memberi tekanan yang berlebihan pada tulang belakang.

4. Penyakit jantung

Kajian mendapati lazimnya individu yang duduk dan menonton televisyen lebih 23 jam seminggu mempunyai risiko 64 peratus lebih tinggi untuk mati akibat penyakit jantung.

Ini berbeza bagi mereka yang hanya melakukan tabiat ini selama 11 jam seminggu.

Sesetengah pakar turut mengatakan individu yang tidak aktif dan duduk dalam tempoh yang lama mempunyai risiko 147 peratus lebih tinggi untuk mendapat serangan jantung atau strok.

Cegah Rasa Sakit Dengan Jaga Postur Badan

Menurut portal Hello Doktor, anda disarankan untuk menjaga postur tubuh ketika duduk, tidak kira sama ada ketika bekerja di rumah, di tempat kerja ataupun semasa di dalam kereta.

Posisi duduk yang tidak selesa atau canggung boleh menjejaskan tisu lembut pada pinggul yang berfungsi menyokong tulang belakang dan sudah tentu keadaan tersebut akan meningkatkan rasa punca sakit pinggang atau belakang.

 


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply