Syirik Percaya Ramalan Zodiak, Ustazah Ashafiqah Abd Aziz Terangkan Isu Ilmu Ghaib

Secara akidahnya syirik kalau percaya ramalan zodiak, Hijabista bertemu Ustazah Ashafiqah Abd Aziz untuk terangkan isu ilmu ghaib.

Membaca ramalan zodiak memang seronok. Apatah lagi jika ia membayangkan ‘nasib yang baik’ kepada kita. Fitrah manusia sememangnya sukakan kebaikan. Tinggal lagi keputusannya terletak pada diri sendiri sama ada mahu mempercayainya atau tidak.

Barangkali faktor ‘keseronokan’ inilah yang mendorong ramai gadis hijabi memuat turun apps horoskop atau ramalan zodiak dalam telefon pintar masing-masing.

Tanpa asas akidah yang kuat, tindakan mempercayai ramalan zodiak ini boleh menjebakkan diri ke dalam perbuatan syirik kerana menyamakan Allah SWT selain daripada-Nya.

Ustazah Ashafiqah

Menurut asatizah disegani ramai, Ustazah Ashafiqah Abd Aziz ketika ditemu bual dalam Hijabista On The Way, hanya Allah SWT sahaja yang mengetahui apa sahaja yang berlaku di muka bumi ciptaan-Nya. Itu termasuklah hal pada masa hadapan.

Sebagai tenaga pengajar di Sekolah Rendah Islam Integrasi Al-Hikmah di Puncak Alam, beliau memandang serius hal ini kerana melibatkan akidah anak-anak bangsa.

Rupanya syirik percaya ramalan zodiak, Ustazah Ashafiqah Abd Aziz terangkan isu ilmu ghaib dalam kita tak sedar.

Ustazah Ashafiqah

“Zodiak ni merupakan ilmu bintang atau astrologi yang dikaji sejak sebelum kedatangan Islam lagi. Zaman dulu mereka banyak merenung ke langit dan melihat susunan bintang-bintang.

Dalam Islam memang ada diceritakan tentang sunnatullah (sunah alam) termasuk bulan dan bintang. Zodiak itu sendiri adalah sebahagian cabang ilmu dan boleh diguna pakai sebagai langkah berjaga-jaga.

Namun jika tidak kuat, maka ia boleh menjadi haram an membawa syirik kepada Allah SWT,” ulas Ustazah Ashafiqah kepada Hijabista.

Selain ramalan zodiak, banyak lagi ilmu yang disampaikan dalam Hijabista On The Way ni. Jom dengar lagi penjelasan mantap tentang sihir…

Artikel berkaitan: https://www.hijabista.com.my/tinggalkan-toxic-circle-ustazah-raudhatul-jannah-bagi-panduan-taubat-yang-mudah/

 


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply