Tiga tahun setelah diperkenalkan kepada pengguna aplikasi Shopee di Malaysia, fungsi pembayaran SPayLater ternyata amat membantu agar orang ramai boleh mendapatkan barangan keperluan mengikut kemampuan.
Persis menggunakan kad kredit di mana korang boleh berbelanja dahulu dan hanya perlu membayar kemudian, pengguna Shopee yang telah mengaktifkan fungsi SPayLater dalam aplikasi berkenaan boleh membuat pembayaran secara ansuran bulanan tanpa rasa terbeban. Tanpa mempunyai wang tunai di tangan atau tidak memiliki kad kredit, segalanya boleh menjadi milik korang.
Iyalah, orang ramai kini bukan hanya menggunakan aplikasi Shopee untuk mendapatkan barangan bersifat ‘kehendak’ tetapi juga barangan keperluan setiap hari.
Antaranya termasuklah barangan runcit, makanan, keperluaan di rumah, item elektronik, insurans dan macam-macam lagi. Malah, makanan haiwan peliharaan pun korang boleh dibeli menggunakan SPayLater tau!
Oleh itu, REMAJA hendak mengajak korang melihat enam kelebihan utama penggunaan SPayLater yang disediakan oleh Shopee ini agar cara perbelanjaan korang selepas ini boleh dilakukan secara lebih bijak, bertanggunggjawab dan mudah!
Bukan Hanya Di Shopee
Haa, macam mana tu?
Ya! SPayLater bukan tertakhluk kepada pembelian atas talian sahaja tetapi juga boleh digunakan stor atas talian lain dan juga di stor fizikal. Asalkan korang mempunyai akaun Shopee, cara pembayaran ansuran ini boleh digunakan.
AAPa yang perlu korang lakukan hanyalah skan kod QR menggunakan e-dompet ShopeePay dan pilih SPayLater.
Banyak Betul Boleh Beli
Jika dahulu Shopee hanya tertumpu kepada barangan yang ingin korang miliki sekali-sekala, sekarang tidak lagi apabila ia menawarkan banyak jenama kegemaran rakyat Mlaysia yang menerima pembayaran secara SPayLater termasuklah MYDIN, Lotus’s, Petron, Zus Coffee, Al-Ikhsan dan banyak lagi.
Nak tahu jenama apa lagi yang membenarkan bayaran menggunakan SPayLater? Klik sini!
Tanpa Rasa Was Was
SPayLater mematuhi panduan syariah dan keselamatan seperti seperti yang disahkan oleh firma penasihat syariah global, Amanie Advisors yang berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).
Sekiranya korang terlambat melakukan pembayaran semula, Shopee tidalah kejam sehingga mengecas nilai tambahan melampau seperti yang mungkin berlaku dengan penggunaan kad kredit. Hehe.. Hanya cas sekali bernilai RM10 yang dikenakan manakala fungsi SPayLater korang akan dihentikan buat sementara waktu sehingga pembayaran habis dibuat.
Kredit Ikut Kemampuan
Jumlah kredit SPayLater dalam akaun Shopee korang juga bergantung sama ada korang bertanggungjawab ataupun tidak dalam pembayaran semula. Oleh itu, korang tidaklah berbelanja melebihi kemampuan. Lagipun, senang untuk korang meneliti perbelanjaan bijak.
Tiada Bayaran Pempropesan
Selalunya, SPayLater akan mengenakan bayaran pemprosesan ansuran pada kadar 1.5 peratus. Okaylah kan, tidak membebankan.
Namun istimewanya sekarang, SPayLater sedang menawarkan 0 peratus bayaran pemprosesan untuk tempoh 1-bulan atau 3-bulan bayaran semula. Nah, rebut cepat!
Promosi Berterusan
Dekat mana lagilah korang boleh dapatkan promosi sepanjang tahun? Hnnya di SPayLater, mereka memang tidak lokek untuk berkongsi banyak promosi menarik pada setiap minggu. Terkini, pengguna baharu SPayLater ditawarkan diskaun RM15 bagi pembelian menggunakan fungsi ini.
Jadi tunggu apa lagi? Jom aktifkan SPayLater korang hari ini!
Buat pengguna lama SPayLater sama ada di atas talian mahupun di stor fizikal, korang jangan pula risau memandangkan banyak promosi-promosi lain turut ditawarkan.
Happy Shopping!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.