Penah tak ambil tahu tentang stress isteri di rumah? Atau yang jenis bekerja tetapi pulang buat rutin rumah tangga sampai tak cukup rehat?
Haa… sebab itu lah suami kena menjiwai emosi orang rumah, sesekali kena bertanya khabar dan mungkin boleh bawa dia keluar jalan-jalan. Nak lebih memahami keadaan ini, jemput baca perkongsian saudara Akhtar Syamir Nor Azman ini…
Stress Isteri Tak Akan Sama Dengan Suami
Isteri yang stress akan menangis. Kalau dia tak menangis depan orang, dia akan menangis sendirian dan akan mendiamkan diri.
Kepenatan akan membawa kepada kemarahan. Kemarahan itu perlu diredakan. Tempat paling dekat untuk dilepaskan ialah pada anak-anak.
Marah, geram, menjerit kat anak-anak dan ada kalanya sampai memukul pun ada. Kemudian mereka akan menyesal, sedih dan menangis.
Bekerja Tanpa Cuti
Menjadi mak dan isteri ni umpama bekerja tanpa ada hari cuti. Ada orang menganggap apabila seorang isteri tidak bekerja atau bukan hari kerja dan duduk di rumah ialah sama seperti bercuti dari kerja.
Sebenarnya tidak. Kerjanya sentiasa ada. Kerjanya tidak habis-habis. Apa yang biasa dibuat para isteri nampak macam mudah, tetapi ianya adalah satu kerja yang dibuat berulang-ulang setiap hari.
Bayangkan buat satu-satu benda tanpa henti berhari-hari lamanya. Memang penat. Yang tak nampak penat ialah orang yang tengok orang buat kerja dan bukan orang yang buat kerja itu sendiri.
Jangan Pandang Remeh
Isteri sangat stress. Jangan pandang remeh. Saya tengok ada je di kalangan wanita sendiri pandang serong bila ada yang kata mereka penat. Tak semua situasi sama. Tak semua hubungan itu sama. Stress fizikal dan mental orang, lain-lain. Kalau kamu tak stress, bersyukurlah.
Ada juga yang kata, “ye la, lelaki tak pernah stress”. Tak sama bro. Stress lelaki dan stress para isteri dan mak ni kategorinya lain. Tak dinafikan kita memang stress juga, tapi kita bukan duduk di rumah sentiasa, kita juga bukan buat kerja rumah setiap hari. Handle anak-anak kecil ni cabaran dia lain macam.
Ambil peduli dan bantu mana yang patut. Jangan ditambah tekanan si isteri.
Begitulah kisahnya.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.