Anak Sihat Membesar, Kamal Adli Sanggup Cuti Tiga Bulan Jaga Anak Isteri, “Dia Dah Kenal Saya”

Pelakon tampan, Kamal Adli, mendedahkan dia sanggup cuti berlakon selama tiga bulan untuk menjaga isteri, aktres Uqasha Senrose dan anak mereka, Hawra Uqaira.

Bukan itu sahaja bahkan kata Kamal lagi, dia sanggup berulang alik Kuala Lumpur dan Sabah demi memastikan anak dan isterinya dalam keadaan yang baik.

Berada di samping Uqasha menjalani tempoh berpantang dan belajar menguruskan anak, Kamal seronok menempuhi pengalaman baru terbabit.

Bapa kepada Hawra Uqaira ini mengakui hidupnya kini semakin bertambah bahagia melihat anak membesar dengan sihat.

“Sekarang ini sudah masuk tiga bulan. Saya rasa sangat seronok sebab anak sudah mula kenal muka saya,” ujarnya.

Berkongsi kisah dirinya kata Kamal dia makin bahagia malah merasakan kehidupannya sudah lengkap bersama isteri dan anak.

“Saya cuti berlakon selama tiga bulan. Saya sangat seronok walaupun pengalaman yang ditempuhi semuanya baharu.

“Terbit rasa bahagia dan secara peribadi saya merasakan hidup saya sudah lengkap,” ujarnya berkongsi.

Tambah Kamal lagi biarpun ada cabaran tertentu namun dia gembira melalui tempoh pembelajaran itu.

“Namun, sebagai seorang lelaki yang baru bergelar bapa, wujud beberapa cabaran yang memberi ujian kerana masih belum terbiasa dengan ‘ragam’ anak kecil,” katanya.

Mendedahkan anaknya suka berjaga malam, Kamal dan Uqasha mengambil giliran untuk menemani permata hati mereka.

Menarik: Uqasha Senrose Tayang Wajah Anak Selepas Dua Bulan, “Comelnya Macam Ibu”?

Majlis Aqiqah & Kesyukuran Anak Kamal Adli, Uqasha Meriah, Cantik Serba Merah Jambu

Dato Siti Nurhaliza Tak Fokus Hamil Lagi, Mahu Jaga Kesihatan, “Dulu Ada Masalah Uri Melekat”

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!

Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply