Cara Buat Burger Salmon Cheese Banjir Di Rumah. Mudah & Sedap!

Pernah makan Burger Salmon Cheese Banjir tak? Kalau belum, jomlah cuba buat di rumah. Bayangkan ikan salmon yang berjus dengan Keju Chesdale Burger yang cair dan meleleh. Gabungan rasa yang padu, memang kecur air liur! Jangan lupa nikmati bersama Fernleaf Minuman Yogurt Greek Style Tropical Fruits. Memang menyegarkan!

BURGER SALMON CHEESE BANJIR

BAHAN-BAHAN:

8-10 keping Chesdale Burger

2 biji roti bulat – belah tengah

4 keping kepingan ikan salmon

Lada sulah & garam secukupnya

Arugula/wild rocket salad secukupnya

Anchor Unsalted Butter secukupnya

Serbuk paprika – pilihan

CARA MEMASAK:

  1. Tabur sedikit garam dan lada sulah ke atas kepingan salmon.
  2. Letak sedikit Anchor Unsalted Butter dalam kuali leper. Letak kepingan ikan salmon lalu gril di kedua-dua bahagian hingga perang.  Letak sekeping keju Chesdale Burger atas salmon lalu masak beberapa minit hingga keju agak cair.
  3.  Sapu sedikit Anchor Unsalted Butter pada roti bulat lalu gril kan sekejap dalam kuali leper.
  4. Di dalam kuali kecil; letak 4-5 keping Chesdale Burger lalu cairkan di atas api.  Biarkan keju cair sepenuhnya.  Ambil kepingan salmon tadi lalu lumurkan cairan keju menutupi keseluruhan salmon. Jika suka pedas boleh tambah sedikit serbuk paprika.
  5.  Untuk membuat burger; Letak sedikit arugula salad dan salmon yang telah dicelup cairan keju ke atas roti.  Tuang lebihan cairan keju, letak sekeping lagi keju Chesdale Burger dan tutup burger dengan sekeping lagi roti.
  1. Untuk hidangan yang lebih enak dan sihat, minum bersama Fernleaf Minuman Yogurt Greek Style Tropical Fruits.

 

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

Kari Ayam Berkrim, Menu Mudah Kegemaran Ramai

Pasta Goreng Cili Padi Berkeju, Gabungan Rasa Pedas & Keju Yang Enak

Bunga Kobis Masala Berkeju, Rasa Lemak Berkrim & Enak

Quesadilla Daging Kunyit Berkeju, Menu Istimewa Yang Lazat

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official:

 


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply