Cantik & Terpelajar, Anak Bongsu Dato M. Nasir Tamat Pengajian Kelas Pertama & Kini Graduan Ijazah Sarjana Muda Sastera

Dalam kesibukan menjalani latihan sempena Konsert Dato’ M.N45ir Cipta yang dijadualkan berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, pada 10 Ogos ini, Dato’ M.Nasir sempat mencuri waktu untuk menghadiri majlis konvokesyen anak bongsunya, Sucimusalmah Binti Mohd Nasir yang menamatkan pengajiannya dari The University Of Nottingham baru-baru ini.

Ijazah Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian dalam Hubungan Antarabangsa dalam Bahasa Sepanyol dengan Kelas Pertama

Perkongsian Datin Marlia Musa di laman Instagram miliknya baru-baru ini memaklumkan anak bongsunya, Sucimusalmah memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian dalam Hubungan Antarabangsa dalam Bahasa Sepanyol dengan Kelas Pertama dari The University Of Nottingham. Kelibat Dato M. Nasir turut kelihatan meraikan kejayaan anak bongsunya itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Marlia Musa (@cik_mmusa)

Dalam pada itu, Datin Marlia Musa sempat berkongsi momen di sebalik majlis graduasi tersebut yang menjadi kenangan indah untuk mereka sekeluarga kenang sepanjang hayat.

“Macam baru semalam Sucimusalmah menjejakkan kaki ke universiti dan macam baru semalam saya balik menghantarnya ke rumah baharunya di UniVillage dan pulang ke rumah menangis kerana merinduinya. Sekurang-kurangnya Sungai Buloh  ke Semenyih cuma mengambil masa dua jam.

Bila kenangkan itu, hati saya kurang laranya. Pejam celik routine baru ini, berat tapi lebih mudah ditelan. Pejam celik juga akhirnya 3 tahun sudah berakhir. Terima Kasih Tuhan atas semua kurniaanMu.Terima kasih @sucinasir for this happiness.

Juga Baca: https://www.mingguanwanita.my/hilang-figura-bapa-pada-usia-10-tahun-datin-marlia-musa-syukur-jiwa-penyayang-dato-m-nasir-untuk-anak-anak/

Terima kasih Bapak Suci kerana percaya dengan cita-cita anaknya. Terima kasih Mama kerana selalu mendoakan kami sekeluarga. Terima Kasih adik beradik dan keluarga kerana selalu berada bersama kami. Alhamdulillah,”ujar Datin Marlia Musa.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mingguan Wanita (@mingguanwanita)

Sepasang Baju Kurung

Manis mengenakan sepasang baju kurung di majlis konvokesyennya, rupanya Sucimusalmah mempunyai permintaan yang tidak dapat ditunaikan oleh ibunya untuk digayakan di majlis graduasinya ini.

“Permintaan Suci untuk memakai baju kurung yang saya sarung semasa majlis graduasi lebih 20 tahun dulu tak dapat ditunaikan. Baju tersebut entah ke mana dan sudah tidak muat,” sambung Datin Marlia lagi yang mendapatkan khidmat Teh Firdaus untuk menyediakan busana baju kurung yang digayakan di majlis konvokesyen tersebut.

Semoga kejayaan Sucimusalmah menjadi kebanggan buat keluarga Dato M Nasir dan Datin Marlia Musa. Syabas dan tahniah!

Mengenai perkembangan seni Dato M. Nasir, beliau dijadual mengadakan konsert DATO’ M.N45IR  CIPTA pada 10 Ogos 2024 di Axiata Arena Bukit Jalil.  DATO’ M.N45IR  CIPTA dibawakan khas oleh Icon Entertainment yang sentiasa menyokong karyawan seni.

Follow kami di TELEGRAMINSTAGRAMTIKTOKFACEBOOKTWITTER dan YOUTUBE

 

 


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply