Julai lalu, kita baru sahaja mendapat khabar bahawa kesemua suspek yang membuli sehingga menyebabkan kematian Allahyarham Zulfarhan akan mendapat hukuman gantung dan ini juga sekaligus menunjukkan keadilan telah pun berpihak kepada arwah dan juga keluarganya.
Bukan setakat itu, malah kes arwah Amirul Nashriq juga berkemungkinan akan dibuka semula bagi menuntut keadilan kerana kematiannya menimbulkan pelbagai persoalan dalam kalangan keluarga dan rakan-rakan, selain ada juga mendakwa bahawa kematian Amirul Nashriq bukanlah disebabkan lemas tetapi kerana didera.
Terbaru, filem thriller suspense berjudul A Place Called Silence yang diarahkan oleh pengarah berbakat, Sam Quah telah mencipta fenomena luar biasa di China apabila mencatat kutipan sebanyak 1.3 billion RMB (kira-kira RM 815 juta) dan kini ia sudah mula ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 8 Ogos.
Filem hebat ini bakal mencipta impak besar kepada penonton dan masyarakat kerana ia akan membuatkan penonton berfikir tentang isu-isu yang sering dianggap tabu seperti buli sekolah, keganasan rumah tangga, dan juga pembunuhan bersiri.
BACA: Bunuh Zulfarhan, Enam Bekas Penuntut UPNM Dihukum Gantung Sampai Mati
Dalam pada itu, Sam Quah juga berjaya mengupas sisi gelap tingkah laku manusia dengan cara yang begitu mendalam, memaksa penonton untuk berdepan dengan kebenaran yang pahit dan sering diabaikan.
Tambahan, filem ini turut menekankan mesej kepada orang ramai apakah yang akan berlaku sekiranya tindakan berdiam diri dilakukan sehingga memudaratkan mangsa dan A Place Called Silence mengisahkan tentang siri pembunuhan berantai yang menakutkan bermula sejak kematian tragis seorang pelajar akibat perbuatan buli berterusan.
Sinopsis Filem
Plot filem ini memfokuskan kepada Lin Zai Fu (dibintangi oleh Wang Chuan Jun), seorang penjaga sekolah dan bapa kepada Hui Jun (dibintangi oleh Josie Xu), seorang pelajar yang kehilangan nyawanya akibat buli sekolah.
Disebabkan rasa dendam oleh kematian anaknya, Zai Fu bertindak membalas dendam bukan sahaja kepada pembuli tetapi juga terhadap orang mendiamkan diri dengan membiarkan kekejaman itu berlaku.
Dalam waktu yang sama, Li Han (dibintangi oleh Ning Chang) merupakan ibu Xiao Tong yang hidup dalam keadaan tertekan tetapi memilih untuk terus berdiam diri walaupun menyaksikan penderitaan anak perempuannya dibuli sekolah sehingga pada satu hari kes kehilangan pelajar seorang demi seorang turut melibatkan anaknya berlaku.
Sementara itu, pegawai polis Dai Guo Dong (Francis Ng) yang ditugaskan untuk menyiasat kes ini akan menunjukkan bagaimana satu demi satu siri cerita dikembangankan melalui filem ini, pastinya akan membuatkan jiwa penonton lebih ‘meronta’!
Selepas menempa kejayaan besar di China, filem A Place Called Silence mula ditayangkan di pawagam Malaysia bermula pada 8 Ogos. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan filem yang penuh emosi ini dan katakan tidak kepada keganasan dan buli!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.