Acura RDX 2025, Pembaharuan Kecil yang Memberikan Sentuhan Segar pada SUV Mewah Kompak

Acura, jenama mewah daripada Honda, mengambil pendekatan lebih halus untuk model Acura RDX 2025 mereka.

Model terbaharu ini diberikan sedikit sentuhan segar tetapi mengekalkan banyak ciri yang boleh menarik perhatian ramai.

Rekaan Baharu yang Elegan

Model Acura RDX 2025 kini tampil dengan perubahan yang paling ketara pada bahagian hadapan.

Gril baru yang diberi rekaan tanpa bingkai (“frameless”) memberikan penampilan yang lebih moden dan berani, disamping  corak mesh yang lebih ketara menambah karakter kepada kenderaan ini.

Kredit Foto : Website caranddriver

Acura juga turut memperkenalkan tiga warna baru: Solar Silver Metallic, Canyon River Blue Metallic, dan Urban Gray Pearl.

RDX juga kini dilengkapi dengan set rim 19 inci yang diberi kemasan Berlina Black sebagai standard, menambah elemen elegan pada penampilan keseluruhan.

Baca Juga : Sedan Mewah Terbaik 2024? Mengapa Acura TLX Type S Layak Mendapat Perhatian Anda

Kemaskini Minimal di Bahagian Dalaman

Memasuki ruang dalaman, perubahan yang dilakukan mungkin tidak begitu banyak, tetapi tetap signifikan.

Kredit Foto : Website caranddriver

Konsol tengah kini direka semula dengan ruang pemegang cawan yang lebih besar serta akses yang lebih mudah kepada pad pengecasan tanpa wayar.

Kredit Foto : Website caranddriver

Skrin infotainmen 10.2 inci juga tidak ketinggalan mendapat kemaskini, kini menyokong mod skrin lebar untuk fungsi Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar.

Ini pastinya memudahkan pemandu untuk kekal berhubung dengan dunia luar sambil menikmati perjalanan.

Prestasi yang Tetap Mantap

Walaupun rupa luar dan dalaman mengalami sedikit perubahan, enjin di bawah hud RDX kekal tidak berubah.

Kredit Foto : Website caranddriver

Model 2025 ini masih dikuasakan oleh enjin 2.0-liter turbo empat silinder yang mampu menghasilkan 272 kuasa kuda, dipadankan dengan transmisi automatik 10 kelajuan.

Kredit Foto : Website caranddriver

Dalam ujian sebelum ini, model yang menggunakan rim 20 inci mampu mencapai kelajuan 0 hingga 60 mph dalam masa 6.2 saat.

Ujian ini membuktikan dan dapat mengekalkan reputasi RDX sebagai SUV yang bukan sahaja bergaya tetapi juga bertenaga.

Pelancaran dan Harga

Bagi peminat RDX yang tidak sabar menantikan model terbaru ini, berita baiknya adalah ia akan tiba di bilik pameran Acura dalam bulan ini.

Kredit Foto : Website caranddriver

Walau bagaimanapun, harga penuh bagi model 2025 ini masih belum diumumkan.

Dengan segala perubahan visual dan kemaskini teknologi yang ditawarkan, RDX 2025 pasti akan terus menarik minat ramai.

Acura sekali lagi membuktikan bahawa kadang-kadang, sentuhan kecil boleh memberikan impak yang besar.

Dengan RDX 2025, mereka mengekalkan apa yang sudah baik dan menambah sedikit kesegaran untuk kekal relevan dalam pasaran yang kompetitif ini.

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.


Posted

in

,

by

Comments

Leave a Reply