Pelakon, pengacara, model dan duta produk, asal kelahiran Ampang, Kuala Lumpur Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi atau lebih dikenali sebagai Eyka Farhana bukanlah nama asing dalam industri hibuan tanah air.
Sering tampil cantik menawan dengan solekan on point. Eyka Farhana rajin berkongsi tip bersolek dan bagaimana untuk sentiasa tampil ‘on point’ di depan kamera untuk para peminatnya.
Malah, dek kerana kekerapan beliau mempamerkan tatarias, solekan dan gaya yang penuh versatil serta ‘up-to-date’ di laman sosial miliknya, membuatkan Eyka sering menjadi sorotan jenama-jenama kosmetik terkemuka dalam dan luar negara yang mahukanya sebagai duta, model mahupun jurucakap bagi jenama dan produk mereka.
Eyka Farhana ‘Confident’ Di Pentas Peragaan Walk Your Worth!
View this post on Instagram
Terbaharu, Eyka telah diangkat sebagai sebagai salah seorang model yang mewakili jenama kosmetik tersohor L’oreal Paris untuk berjalan diatas pentas peragaan pada sebuah majlis gala fesyen terkemuka saban tahun iaitu Kuala Lumpur Fashion Week 2024 (KLFW 2024).
Buat julung kalinya, Eyka Farhana telah tampil buat kali pertama berkongsi pentas runaway bersama para wanita dari Malaysia dan Singapura yang penuh inspirasi sebagai wajah bagi ‘Women Of Worth’ tahun ini.
Lebih menarik lagi, wanita yang mengagumkan ini hadir dari pelbagai latar belakang, mencerminkan kekuatan, kecantikan, dan pengalaman-pengalaman unik yang mendefinisikan jati diri mereka termasuk Eyka Farhana.
Rahsia Kulit Sihat Dan Menawan Eyka Farhana?
Malah, Eyka Farhana merupakan antara pelakon muda yang sering tampil cantik dan mempesona tanpa sebarang solekan. Biarpun dilihat sentiasa sibuk dengan rutin harian melakukan pelbagai aktiviti, namun pelakon ini sangat menjaga kecantikan wajah.
Apatah lagi dalam usia masih muda, Eyka Farhana begitu prihatin dan sentiasa memastikan kulit wajah dijaga sempurna. Dia juga tidak lokek berkongsi rutin harian penjagaan wajah di laman TikToknya.
@misseyka.f Since ramai tanya, here My daily skincare routine 🤍 less is more ✨ The essence & the light cream @Augustinus Bader Eye cream @LA MER Sunscreen @Supergoop ♬ Roxanne – Instrumental – Califa Azul
Dalam perkongsian itu, dia menyapukan beberapa produk pada wajah yang dimulakan dengan pelembap muka, krim mata serta krim pelindung matahari.
Ternyata pemakaian pelembap muka, krim mata dan pelindung matahari yang berterusan menyebabkan kulit kita dijaga dengan sebaiknya.
“Disebabkan ramai tanya, ini rutin harian penjagaan wajah saya. Bersederhana lebih baik,” tulisnya di kapsyen.
Selain itu, dia turut menyenaraikan produk kecantikan berjenama mewah yang dipakainya.
Meninjau diruangan komen, rata-rata netizen memuji kulit wajah Eyka yang cantik dan mengatakan kecantikannya asli.
Untuk recap, anak kedua daripada empat beradik ini sudah mula ligat berkecimpung dalam arena seni sejak berusia 15 tahun lagi.
Antara lakonan Eyka yang mendapat tempat di hati penonton termasuklah drama Juvana, Budak Tebing, Dukun Diva dan Melur Untuk Firdaus.
Meskipun ramai kehadiran pendatang baru dalam industri namun nama Eyka Farhana tetap menjadi buruan syarikat produksi hingga kini.
Sumber Foto & Video: Instagram Eyka Farhana & Tik Tok @Eykafarhana
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.