Ikan Keli Salai Masak Lemak Cili Padi Bersama Binjai, Makin Sedap Rasanya

Lauk masak lemak cili api Negeri Sembilan ada pelbagai, salah satu yang jadi kegemaran ramai adalah ikan keli salai masak lemak cili api.

Tapi istimewanya perkongsian resipi ikan keli salai masak lemak cili api dari Shafizan Bin Isa, ia menggunakan buah binjai sebagai penambah keenakan lauk ini.

Resipi keli salai masak lemak cili padi dan binjai

Bahan-bahan

12 ketul ekor keli salai
20 tangkai cili padi -kisar
4 hiris kunyit -kisar (sebesar ibu jari)
1 biji buah binjai -hiris
Garam -secukup rasa
Santan dari dua biji kelapa

Cara membuat

1. Masuk bahan kisar Bersama garam dan santan dalam periuk. Tunggu sampai mendidih.

2. Pastikan kuah sentiasa dikacau untuk elak kuah cantik, tidak pecah minyak.

3. Selepas mendidih masukkan buah binjai (kebiasaanya guna belimbing buluh atau daun selom) yang sudah dihiris. Biar sampai naik bau.

4. Akhir sekali masukkan ikan keli yang disalai. Biarkan kuah mendidih selama 10 minit.

5. Kecilkan api dan biar kuah mereneh untuk serap dalam ikan yang disalai. Siap.

Sumber: Shafizan Bin Isa

 


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply