Pemilihan baju renang sebenarnya amat penting bagi menyelamatkan nyawa kanak-kanak terutama ketika berlaku kecemasan.
Jadi mak ayah, sebelum membeli bayi renang baru buat anak, pastikan warna-warna seperti yang dikongsikan oleh OT, Siti Aisyah Rozalli ini dalam senarai yang menjadi pilihan.
Yang plan nak bawa anak swimming, make sure baju anak buat berenang tu, warna yang senang detect ya.
Risau baca kes anak-anak lemas berenang setiap tahun.
P/S: Anak-anak saya tak guna baju renang gini. Biasanya pakaikan baju microfiber & seluar panjang je.
Warna baju renang yang disarankan
Pilihlah warna-warna terang seperti warna oren neon, kuning neon dan hijau neon kerana sangat menonjol di dalam air. Ini menjadikan anak-anak lebih mudah dilihat ketika berada di alam air.
Oren
Oren neon adalah warna yang sangat terang dan kontras dengan hampir semua warna air termasuk air kolam renang biru atau air laut hijau.
Warna ini sangat menonjol di bawah cahaya matahari dan kelihatan jelas walaupun dalam air yang keruh atau berlumpur.
Kuning Neon
Kuning neon adalah satu lagi warna terang yang sangat efektif di dalam air. Warna ini memantulkan cahaya yang baik dan mudah dikesan oleh mata manusia. Pilihan terbaik untuk anak!
Hijau Neon
Hijau neon memberikan kontras yang jelas dengan air yang lebih gelap seperti air kolam renang atau laut dalam. Ia juga merupakan pilihan yang baik kerana menonjol dipelbagai jenis air termasuk Kawasan engan tumbuhan dan alga.
Warna Merah Terang
Warna merah terang adalah warna yang kuat dan kontras dengan kebanyakkan latar belakang air. Ia juga menonjol dengan jelas di bawah cahaya matahari dan tetap kelihatan baik di bawah air.
Warna-warna ini membantu penjaga dan penyelamat mengenal pasti mereka dengan cepat ketika dalam kecemasan terutama ketika bermain dalam keadaan sesak.
Warna patut dielakkan
Menurut pakar warna yang patut dielakkan dan kurang sesuai dipakai oleh kanak-kanak adalah seperti:
Biru: Sama seperti warna air kolam dan air laut, anak-anak sukar dilihat
Putih: Walaupun cerah, putih boleh bersatu dengan buih atau refleksi cahaya di permukaan air.
Hijau Muda: Bersatu dengan warna tumbuhan atau lumut di dalam air, anak-anak sukar dilihat pandangan mata.
Menarik: Uqasha Senrose Tayang Wajah Anak Selepas Dua Bulan, “Comelnya Macam Ibu”?
Majlis Aqiqah & Kesyukuran Anak Kamal Adli, Uqasha Meriah, Cantik Serba Merah Jambu
Dato Siti Nurhaliza Tak Fokus Hamil Lagi, Mahu Jaga Kesihatan, “Dulu Ada Masalah Uri Melekat”
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Sumber: Siti Aisyah Rozalli & theAsianparent
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.