Pengakhiran Yang Dicemburui, Pemuda Meninggal Dunia Dalam Sujud Selepas Imamkan Solat Maghrib

Pengakhiran yang dicemburui…Kisah kematian seorang pemuda dari Indonesia ini jadi bualan ramai apabila dia meninggal dunia dalam keadaan sujud ketika menunaikan solat sunat selepas Maghrib.

Dalam rakaman video tular, Allahyarham dikatakan baru sahaja selesai menjadi imam solat Maghrib di Masjid Darul Falah Kelurahan Cijoho, Kabupaten Kuningan, Jawa Barat, kemudian melakukan solat sunat selepas Maghrib.

Memetik laporan Sinar Harian, menurut Ahli Jawatankuasa Masjid Darul Falah, Didi Taryadi, ketika sujud terakhir solat sunat berkenaan, Allahyarham secara tiba-tiba terdiam dalam sujudnya dan tidak lagi bernyawa.

“Beliau baru selesai menjadi imam solat Maghrib sehinggalah habis memimpin doa, kemudian Allahyarham melanjutkan dengan solat sunat selepas Maghrib.

“Pada masa sujud di rakaat terakhir, beliau tidak bangun-bangun lagi, hinggalah didapati sudah meninggal dunia,” katanya kepada pemberita pada Rabu.

Kejadian kemudian disahkan berlaku pada Ahad, Allahyarham dikenali sebagai Dedi Fauzi yang juga merupakan Imam Masjid Darul Falah Cijoho.

Allahyarham sempat dibawa ke hospital terdekat, bagaimanapun kemudiannya disahkan telah meninggal dunia.

Menurut penduduk setempat, Allahyarham dikenali sebagai seorang lelaki yang baik.

Selain menjadi imam beliau juga merupakan tenaga pengajar al-Quran kepada kanak-kanak di masjid tersebut.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan empat orang anak, beliau dikebumikan di tanah perkuburan Islam setempat.

Sumber : Sinar Harian


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply