Resipi Kek Keju Meleleh Pandan Kukus. Lembut Gebu Memang Sedap

Sedapnya Kek Keju Meleleh Kukus Pandan ni. Resipi istimewa buat anda yang tak ada ketuhar. Hanya kukus sahaja. Caranya pun tidak rumit. Bolehlah cuba buat. Kombinasi kek yang lembut, krim keju yang melimpah ruah dan parutan keju yang banyak, memang terbaik. Jom cuba resipi perkongsian saudari Umi Hayati ni. Pasti puas hati.

CARA KEK KEJU MELELEH PANDAN KUKUS YANG SEDAP & MUDAH

BAHAN-BAHAN ( 1 LOYANG BULAT):

1 cawan gula
3 biji telur
1 sudu besar ovalette – beli online disini
1/2 cawan minyak masak – ikut sukatan. Jangan dilebihkan.
1/2 cawan susu cair – ikut sukatan. Jangan dilebihkan.
1/2 penutup pewarna hijau beli online disini
1 penutup besar perisa pandan – boleh ditukar kepada perisa strawberi, vanilla dan warna
2 cawan tepung gandum beli online disini
1 sudu teh baking powder beli online disini

CARA MEMASAK:
  1. Pukul telur dan ovalette sampai gebu dan berwarna putih.
  2. Masukkan minyak masak, susu cair, pewarna hijau dan perisa pandan. Pukul lagi hingga sebati.
  3. Kemudian masukkan tepung gandum dan baking powder. Pukul sekejap tapi jangan lama.
  4. Matikan mixer dan kaup balikkan bahan tadi.
  5. Masukkan kek ke dalam loyang yang dah dialas dan kukus selama 30 minit menggunakan api sederhana. Pastikan air telah mendidih sebelum memasukkan kek.
  6. Tutup ( balut) penutup pengukus dengan kain bersih.
BAHAN CREAM CHEESE LELEH

250gm cream cheese
Suku cawan susu cair beli online disini
1/2 cawan susu pekat manis ( ikut manis sendiri) beli online disini

CARA-CARA:

Satukan semua bahan dan pukul hingga gebu.

CARA MENGHIAS:
  1. Selepas kek masak, tunggu kek sehingga betul-betul sejuk.
  2. Untuk melapis, keluarkan kek dari loyang dan letak dalam pinggan.
  3. Potong @ belah separuh kek dan sapu krim keju.
  4. Letak kembali kek yang dipotong tadi dan sapu cream cheese. R
  5. Akhiri dengan parutan keju cheddar dengan secukupnya.
TIP BUAT KEK KEJU YANG SEMPURNA:
  • Setelah dihias dengan krim keju, simpan seketika dalam peti sejuk sebelum dinikmati.
  • Kek ini tidak perlu dimasukkan soda bikarbonat.
  • Pastikan sukatan minyak dan susu cair tidak lebih.
  • Ayak tepung gandum sebelum dimasukkan ke dalam mixer.
  • Penutup kukusan perlu dibalut dengan kain bagi mengelakkan wap air menitis atas kek.

Kredit resipi & foto: Umi Hayati

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Aneka Resipi Lauk Sedap & Mudah Sesuai Untuk Sahur & Berbuka Puasa

Resipi Ayam Perattal. Cara Masak Ringkas Je Tapi Sangat Sedap

Resipi Terung Goreng Berlada Sedap, Begini Cara Masaknya

Resipi Bihun Goreng Singapore Versi Abah. Ringkas Je Tapi Sangat Sedap

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

Comments

Leave a Reply