Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria dikhabarkan akan melepaskan jawatan dalam tempoh terdekat.
Menerusi laporan Sinar Harian, keputusan itu didakwa dibuat susulan kontroversi kehadiran ahli keluarganya pada Sukan Olimpik 2024 di Paris.
“Melihat pelbagai reaksi ketika ini, perasaan saya menyatakan perlu meletakkan jawatan daripada BAM.
BACA: Sanggup Ke KLIA Demi Sambut Kepulangan Wira Olimpik, Wanita OKU Eerah Burger Dipuji Warganet
sumber; Utusan Malaysia
“Saya berharap pemimpin seterusnya dapat memperbaiki keadaan badminton negara kita,” katanya.
Pada Mei lalu, Mohamad Norza meluahkan hasrat untuk berundur daripada memimpin BAM selepas Sukan Olimpik Paris pada Ogos.
Beliau menegaskan bahawa peranannya dalam Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan BAM dilakukan secara pro bono.
“Saya tidak menerima sebarang gaji atau elaun daripada kedua-dua pertubuhan ini. Saya hanya mahu membantu membawa kegemilangan dan kebanggaan kepada negara.
BACA: “Tak Kira Apa Yang Berlaku, Saya Tetap Akan Wakili Malaysia” -Lee Zii Jia
sumber: Awani
“Serangan terhadap keluarga saya sama sekali tidak perlu. Keluarga saya tidak wajar melalui semua ini,” ujarnya lagi.
Sebelum ini, beliau terpalit kontroversi susulan kehadiran ahli keluarganya di pertandingan Sukan Olimpik 2024 di Paris.
Mereka juga dilihat memakai kad akreditasi, bagaimanapun Mohamad Norza menjelaskan bahawa mereka memiliki kuota khas berasingan untuk membawa tetamu sendiri.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: Sinar Harian
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.