Tak Mahu Bersalin Czer Kali Ke-3, Shila Amzah Mahu ‘Tutup Kilang’

Penyanyi Shila Amzah memberitahu dia dan suami tidak merancang untuk menambah zuriat memandangkan mereka kini sudah punya sepasang cahaya mata selepas melahirkan anak keduanya pada Mei lalu.

Tambah Shila lagi, dia juga tidak mahu mengambil sebarang risiko memandangkan kedua-dua anaknya dilahirkan secara pembedahan (caeserian).

Menerusi Insta Storynya, Shila menjawab pertanyaan peminat yang bertanyakan mengenai hasratnya untuk ‘menutup kilang’ dan tidak lagi menambah cahaya mata.

“Dalam tiga tahun lagi, saya dah berusia 37 tahun. Sangat berisiko untuk ada anak dalam usia macam itu,” katanya.

Tambah Shila lagi, dia tidak sanggup untuk melahirkan anak secara pembedahan buat kali ketiga malah mahu memberikan perhatian sepenuhnya untuk membesarkan dua orang anaknya.

“Disebabkan sebelum ini anak-anak bersalin melalui pembedahan kecemasan, jadi cukup-cukuplah.

“Dah sepasang. Kita nak anak-anak kita dapat 100 peratus perhatian semampu kita,” katanya lagi.

 

Berkongsi kisah perkembangan terkini anak keduanya, kata Shila anaknya, Rhea Akira kini sudah pandai ajak bersembang setiap kali diagah.

Terdahulu, Shila mendirikan rumah tangga dengan pempengaruh media sosial Ubai pada 5 Ogos 2023. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Rhea Akira pada 9 Mei lalu. Shila turut mempunyai seorang cahaya mata melalui perkahwinan terdahulunya, Seth Uwais.

Menarik: Uqasha Senrose Tayang Wajah Anak Selepas Dua Bulan, “Comelnya Macam Ibu”?

Majlis Aqiqah & Kesyukuran Anak Kamal Adli, Uqasha Meriah, Cantik Serba Merah Jambu

Dato Siti Nurhaliza Tak Fokus Hamil Lagi, Mahu Jaga Kesihatan, “Dulu Ada Masalah Uri Melekat”

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!

Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply