Cara Buat Kuih Badak Berendam Kampung Yang Sedap & Mudah

Bagi yang suka makan aneka kuih muih tradisional, Kuih Badak Berendam ni pasti antara yang jadi kegemaran. Lemak-lemak manis. Memang sedap! Bagi yang belum pernah rasa, resipi perkongsian saudari Irhana Canella ni antara yang boleh dicuba.

RESIPI KUIH BADAK BERENDAM YANG SEDAP, MUDAH & TAK GUNA BANYAK BAHAN

BAHAN-BAHAN:

Tepung pulut – beli online disini
Air kapur secukupnya
Sedikit pewarna hijau – beli online disini
Gula melaka – dipotong dadu kecil – beli online disini
Santan pekat secukupnya
Sedikit garam
Sedikit tepung beras – beli online disini

( Jumlah bahan-bahan diatas bergantung pada berapa banyak kuih yang anda ingin hasilkan.)

CARA MEMASAK:

1. Uli tepung pulut bersama air kapur dan pewarna hingga menjadi doh yang tak melekat.

2. Cubit doh dan leperkan. Letak inti gula melaka dan bulatkan seperti buah melaka. Susun dalam bekas.

3. Bancuh santan bersama sedikit tepung beras dan sedikit garam. Ia bertujuan menaikan lagi rasa lemak santan. Pastikan bancuhan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair. Sedang-sedang elok sahaja.

4. Tuang bancuhan santan ke dalam bekas berisi bebola tadi. Kukus hingga masak anggaran 15 minit.

5. Angkat dan sedia untuk dinikmati.

6. Jika suka, anda juga boleh merebus bebola terlebih dahulu. Caranya, setelah bebola siap dibentuk, panaskan air dan masukkan bebola tadi. Masak hingga bebola timbul di permukaan air seperti menyediakan buah melaka.

7. Angkat dan masukkan ke dalam bekas. Tuang santan dan kukus seperti langkah no 4.

Selamat mencuba!

Kredit resipi & foto: Irhana Canella

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Aneka Resipi Lauk Sedap & Mudah Sesuai Untuk Sahur & Berbuka Puasa

Resipi Ayam Perattal. Cara Masak Ringkas Je Tapi Sangat Sedap

Resipi Terung Goreng Berlada Sedap, Begini Cara Masaknya

Resipi Bihun Goreng Singapore Versi Abah. Ringkas Je Tapi Sangat Sedap

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

Comments

Leave a Reply