Atlet angkat berat negara, Mohamad Aniq Kasdan terpaksa berpuas hati untuk berada di kedudukan keempat selepas hanya satu kilogram membezakan peluangnya untuk meraih pingat gangsa di Olimpik Paris 2024.
Menerusi acara kategori 61 kilogram (kg) yang berlangsung pada Rabu, atlet berusia 22 tahun itu berjaya membuat angkatan 297kg, berada di belakang atlet Amerika Syarikat, Hampton Morris dengan angkatan 298kg.
Bagaimanapun, pemenang pingat emas Sukan Komanwel Birmingham 2022 itu berjaya memperbaharui rekod kebangsaannya dengan angkatan 296kg bagi kategori 61kg.
Aniq menamatkan pusingan snatch dengan angkatan 130kg untuk berada di tangga keempat dan 167kg dalam clean and jerk.
Pingat emas dimenangi oleh atlet dari China, Li Fabin dengan angkatan 310kg, manakala perak dimenangi oleh atlet dari Thailand, Theerapong Silachai (303kg).
Sejurus saingan, Aniq akui perasaanya sedikit kurang baik meski cuba melakukan sehabis upaya untuk menyumbang pingat kepada negara.
“Perasaan saya kurang baik sebab kalah beza satu kilogram tetapi bangga kerana dapat buat terbaik hari ini.
“Alhamdulillah ini keputusan akan buat saya lebih kuat pada masa akan datang,” katanya, lapor Astro Arena.
Atlet tersebut sebelum ini telah menghadiahkan gangsa kepada Malaysia dalam Kejohanan Dunia 2023 di Riyadh, Arab Saudi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.