Resipi Nasi Arab Paling Mudah, Ayam Masak Sekali Dengan Nasi Lagi Sedap!

Resipi Nasi Arab ala melayu paling mudah. Menu macam ni sesuai untuk dihidangkan kepada keluarga. Lengkap dengan sayur, sambal dan juga lauk.

Empunya resipi buat dengan memasukkan terus ayam dalam nasi, lebih sedap menurutnya. Namun dia turut berkongsi resipi untuk ayam yang ingin dibakar di dalam oven.

Nampak sedap dan menyelerakan, buat hujung minggu boleh jadi hidangan dari tengah hari sampai ke malam.

Resipi Nasi Arab Mudah & Sedap

Bahan-bahan rebusan ayam:

1 ekor ayam potong 4

1 biji tomato belah 4*

1 bji bawang besar belah 4@6*

1 sk jintan manis (biji)*

1 sk ketumbar (biji)*

2 sk lada hitam*

3 biji buah pelaga*

2 kiub ayam

1/2 sk serbuk kunyit

1 sk rempah kurma ( saya guna 2sb )

Akar ketumbar

Garam

Cara Penyediaan:

  1. Perap ayam dengan semua bahan bertanda *. Tak perlu dikisar.
  2. Jika nak kuah atau air rebusan yang banyak, tambahkan sedikit bahan-bahan.

Bahan-bahan nasi:

Tumis bawang besar setengah biji mayang*

halia seinci & rempah 3 sekawan*

2sb mentega *

Air rebusan ayam

1 cawan beras 1 @ 1 1/2 cawan air ( Basmathi )

Garam

Cara Penyediaan:

  1. Tumis bahan bertanda * dan masukkan ke dalam beras yang siap dicuci.
  2. Tambah air rebusan ayam dan daun ketumbar.
  3. Masukkan ayam yang telah direbus ke dalam nasi. Masak seperti biasa.

Bahan-bahan sambal:

Cili api & cili merah

Tomato

Bawang putih

Daun ketumbar

Garam & Gula

Cara Penyediaan:

  1. Kisar semua bahan dan campurkan dengan jus lemon

Bahan-bahan salatoh:

Timun dadu

Tomato dadu

Bawang besar dadu

Garam & Gula

Cara Penyediaan:

  1. Satukan semua bahan dan perah lemon, kacau sebati.

Ayam yang nak versi bakar ( Saya lebih suka versi masuk dalam nasi..lembut sangat isi

Serbuk kari

Serbuk cili

Sos tiram

Garam

Brown sugar / madu (saya guna madu)

Minyak masak (2 sdb)

Cara Memasak:

( Perap ayam seketika & bakar dlm oven dgn suhu 150°c selama 20-30 mnit )

Kredit: Norashikin Ismail

Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan pelbagai resipi terkini yang mudah & enak di laman web RASA

Resipi Nasi Daging Sedap Masak Guna Lauk Kurma Dalam Tin

Nasi Ayam Hainan Menu Kegemaran Anak-anak. Hidangan Lengkap Mudah Nak Buat

Nasi Kerabu Kuning Cukup Ramuan, Enak Rasa


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply