Malaysia #QuranHour 2024 bertemakan “Jiwa Merdeka Memaknai Rukun Negara” bakal dianjurkan pada 30 Ogos 2024 nanti dengan berpandukan surah al-Jumu’ah dan al Hujurat.
Penganjuran seumpamanya ini sudah memasuki sedekad dan kali ini bakal menyaksikan gelombang besar dan kuat dengan sokongan rakan sinergi media gergasi dan rakan strategik lain.
Satu majlis taklimat sinergi telah diadakan oleh penganjur iaitu Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) di Studio My #QuranTime, Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd pada hari ini (7 Ogos 2024). Majlis dihadiri oleh para pengamal media besar baik media cetak, penyiaran dan digital.
Antara yang terlibat adalah Astro Oasis, TV Al-Hijrah, TV9, Astro Awani, RTM, Bernama, Utusan TV, Utusan Malaysia, Sinar Harian, NU Ideaktiv, IKIM, Media Prima, NSTP, Zayan FM dan Denaihati.com
Program hebat ini membabitkan penglibatan orang ramai membaca, faham dan mengamalkan isi kandungan Al-Quran. Ia akan diadakan serentak di seluruh negara dan bersiaran langsung dari Masjid Zainal Abidin , Putrajaya pada jam 10 pagi ingga 11 pagi, 30 Ogos 2024 dan RTM sebagai penyiar utama.
Kredit foto: Wikipedia
Dalam satu wawancara, Puan Marhaini, Ketua Pegawai Eksekutif WUIF, menyatakan kesyukuran atas penglibatan dan sokongan tidak berbelah bahagi agensi media, kerajaan, korporat, NGO dan institusi pendidikan yang selama ini menjadi tulang belakang gerakan ini. Secara tidak langsung menjadi agen penyatuan rakyat.
Puan Marhaini, Ketua Pegawai Eksekutif WUIF
Buat makluman, semenjak 2015 iaitu tahun titik permulaan kempen #QuranHour iaitu World #QuranHour, Arafah #QuranHour, Malaysia #QuranHour telah mencatat 7.3 bilion capaian sosial dan 76 negara.
Tema yang dibawakan kali ini amat bertepatan dengan sambutan hari kebangsaan Malaysia. Bertemakan Jiwa Merdeka: Memaknai Rukun Negara membawa pengertian hidup kita hanya untuk perhambaan kepada Allah SWT sahaja bukannya kepada manusia atau perkara lain.
Menurutnya lagi, surah al-Jumu’ah dijadikan panduan dan penyelesaian umum bagi mengangkat nilai-nilai murni dalam agama Islam, manakala surah al-Hujurat amat sinonim dengan akhlak dan adab manusia yang baik dan perlu direalisasikan untuk kesejahteraan hidup masyarakat dan negara.
Kepada semua masyarakat umum, jangan lupa bersama-sama sertai Malaysia #QuranHour yang bakal dianjurkan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya dan bersiaran langsung menerusi RTM pada 30 Ogos 2024 jam 11 pagi.
Jumpa disana!
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.