Cara Buat Sandwic Telur Ekspres, 3 Minit Dah Siap. Guna Microwave Lagi Senang

Sandwic telur antara hidangan yang ringkas untuk sarapan. Meski ringkas, namun ia tetap ambil masa juga untuk menyediakannya terutama menunggu telur rebus masak.

Tapi bagi yang nak cepat, boleh gunakan cara ekspres membuat sandwic ini. Menggunakan microwave, masa yang diambil untuk menyiapkan hidangan ini lebih kurang tiga minit saja. Dikongsi oleh Kamarul Nor Sadan ini caranya.

Cara Buat Sandwic Telur Ekspres

Bahan-bahan
1 butir telur
2 keping roti
1 sudu besar mentega
1 sudu besar mayonis
2 sudu besar keju mozarella
Garam secukup rasa
(Bahan ini untuk hidangan 1-2 orang makan)

Cara membuat

1. Masukkan 150-200ml air panas dalam cawan, pecahkan telur di dalam air berkenaan. Masak gunakan microwave. Pecahkan kuning telur sikit kalau bimbang ia meletup.

 

2. Jika menggunakan air panas, letak masa dalam satu minit. Kalau menggunakan air suhu bilik, dalam 1½-2 minit. Masa ini sebenarnya bergantung pada gred telur, isipadu air, dan jenis microwave yang digunakan.

 

3. Toskan telur yang dah masak.

 

4. Sewaktu masih panas, terus masukkan mentega. Masukkan mayonis dan juga keju mozarella yang diparut.

 

6. Gaulkan hingga hancur ikut citarasa. Ada yang suka telur hancur halus-halus, ada suka kasar-kasar.

7. Letakkan atas roti. Isi sandwich ini pekat dan likat kerana menggunakan keju. Bila makan nanti ia tak mudah berterabur.

 

 

Selamat mencuba

Sumber: Kamarul Nor Sadan

 


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply