Bagaimana tak pernah solat tapi boleh masuk syurga? Kisah ini adalah mengenai pemuda seperti yang diceritakan oleh Abu Hurairah RA. Saat Abu Hurairah berkumpul di satu majlis, dia berkata “Ceritakan padaku sebuah kisah tentang orang yang masuk syurga pada hal dirinya seumr hidup tak pernah solat sekali pun!”
Suasana sunyi dan menjadi hening sejenak. Tidak ada seorang pun di majlis itu yang mengetahui siapa dan mampu menjawab pertanyaan dari Abu Hurairah.
Mereka lalu bertanya kembali pertanyaan kepada Abu Hurairah, “Siapakah ia?” tanya mereka. “Ushairim bani ‘Abdil Asyhal ‘Amr bin Tsabit bin Waqsy,” jawab Abu Hurairah.
Namanya adalah ‘Amr bin Tsabit, seorang lelaki dari bani ‘Abdil Asyhal. Ia juga sering dipanggil dengan nama ‘Amr bin Uqaisy atau Ushairim. ‘Amr bin Tsabit pernah diajak memeluk Islam. Namun ia menolak kerana kaumnya. Dahulu dia memiliki harta riba pada masa jahiliyah dan ia enggan masuk Islam hingga ia mengambil harta tersebut.
Suatu ketika datanglah Perang Uhud. ‘Amr bin Tsabit bertanya, di mana anak-anak pakcikku? Orang-orang pun menjawab “Di Uhud”..
Di manakah fulan? Ia kembali bertanya. “Di Uhud”, jawab orang-orang. Lalu di manakah fulan? “Di Uhud”, jawab mereka.
Mendengar jawaban tersebut, ‘Amr bergegas menggunakan baju perangnya, menaiki kudanya lalu menyusul orang-orang menuju Bukit Uhud. Saat orang-orang muslim melihatnya, mereka pun berkata “Menjauhlah engkau dari kami wahai ‘Amr!”.
“Aku telah beriman”, jawab ‘Amr. Maka kaum muslim pun mempersilakannya untuk bergabung dengan pasukan. Kemudian ‘Amr bertempur dengan bersungguh hingga ia terluka.
Selepas perang tamat, orang-orang Bani ‘Abdul Asyhal mencari korban dalam perang ini. Tanpa disangka mereka menemukan ‘Amr. Mereka menatap wajahnya yang sedang luka parah bagi memastikan itu adalah dirinya. Mereka pun berkata “Demi Allah ini adalah al-Ushairim!”.
‘Amr pun dibawa menuju keluarganya dengan keadaan terluka. Sa’ad bin Mu’adz lalu mendatangi saudarinya seraya berkata “Tanyakanlah kepada ‘Amr apa yang menyebabkannya dirinya datang ke medan perang? Apakah dia berperang demi kaumnya atau kerana Allah dan Rasul-Nya?”
Amr pun menjawab “Aku datang ke medan perang kerana ingin masuk Islam. Aku beriman kepada Allah dan Rasul-Nya. Aku masuk Islam lalu mengambil pedangku. Aku maju bersama Rasulullah SAW dan aku berperang hingga aku terkena serangan”.
Tak lama kemudian, ‘Amr pun menghembuskan nafas terakhir di pelukan tangan kaumnya. Mereka pun menceritakan kejadian itu kepada Rasulullah SAW. Baginda kemudian berkata “Sesungguhnya ia termasuk penghuni surga”. ‘Amr pun dicatat sebagai penghuni surga, pada hal dirinya tidak pernah melakukan solat sama sekali.
Demikianlah tanda Allah SWT sayang dan akan memberi hidayah kepada siapa dia kehendaki dengan membolak balikkan hati seseorang. Kisah ‘Amr menunjukkan bahawa rahmat Allah begitu luas. Betapa besarnya kasih sayang dan kemurahan Alla sehingga orang yang tidak pernah solat sekali pun dapat masuk dalam syurga-Nya. Ia kerana ketulusan dan keikhlasan hatinya memeluk agama Allah.
Sumber : Islami.com
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.