Resipi Puding Roti Coklat Paling Mudah, Sedap Dimakan Sejuk

Suka makan puding? Cubalah resipi Puding Roti Coklat perkongsian saudari Norhayu Hanafi. Hanya guna bahan-bahan yang simple dan mudah didapati. Nampak sedap kan? Makan sejuk-sejuk memang layan habis.

CARA BUAT PUDING ROTI COKLAT YANG SEDAP & MUDAH

BAHAN-BAHAN:

1 paket agar-agar – rebus dengan 4 cawan air ( agar-agar harga RM2.50 lebih kurang) beli online disini

BAHAN KISAR:
6 keping roti sandwic
2 biji telur
1 tin susu cair beli online disini
1/2 cawan gula
1/2 cawan susu pekat manis beli online disini
Esen vanilla beli online disini
2 sudu makan planta beli online disini
Secubit garam
1 sudu makan milo @ serbuk koko untuk warnakan adunan – beli online disini
CARA MEMASAK:
1. Rebus agar-agar bersama air hingga larut.
2. Kisar bahan-bahan yang lain hingga hancur. Kemudian masukkan ke dalam larutan agar-agar tadi. Biarkan mendidih kemudian padamkan api.
3. Jika rasa nak lebih manis, tambahkan gula atau susu.
4. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian dicampur dengan serbuk koko atau milo. Satu lagi dibiarkan pada warna asal.
5. Lapiskan puding dalam bekas bersesuaian.
6. Sejukkan hingga keras sebelum dinikmati.

INFO CHEF: Lapiskan semasa adunan masih panas. Bahagian coklat dan adunan biasa tidak akan bercampur kerasa teksturnya yang pekat.

Kredit resipi & foto: Norhayu Hanafi

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Aneka Resipi Lauk Sedap & Mudah Sesuai Untuk Sahur & Berbuka Puasa

Resipi Ayam Perattal. Cara Masak Ringkas Je Tapi Sangat Sedap

Resipi Terung Goreng Berlada Sedap, Begini Cara Masaknya

Resipi Bihun Goreng Singapore Versi Abah. Ringkas Je Tapi Sangat Sedap

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

Comments

Leave a Reply