Daging Masak Kicap mak mertua? Tentunya sangat sedap ni. Ada pelbagai resipi menu ini dikongsi ramai di media sosial. Ada yang guna rempah, ada yang tidak. Macam-macam teknik juga ada digunakan. Namun salah satu resipi yang menarik perhatian RASA untuk berkongsi bersama anda hari ni adalah resipi Daging Masak Kicap dari saudari Nora Aziz. Menurut beliau resipi ini adalah resipi dari ibu mertuanya. Sangat mudah dan menggunakan bahan yang sangat minimal serta mudah didapati. Jom cuba. Pasti enak rasanya ni.
RESIPI DAGING MASAK KICAP MAK MERTUA YANG SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN:
Daging – hiris nipis
Cili kering kisar secukupnya- beli online disini
Kicap manis secukupnya – beli online disini
Kicap masin secukupnya – beli online disini
Gula secukup rasa
BAHAN-BAHAN LAIN:
1-2 biji bawang besar
1 keping kulit kayu manis – beli online disini
1 kuntum bunga lawang – beli online disini
1-2 untum bunga cengkih – beli online disini
1-2 biji buah pelaga – beli online disini
1 tangkai daun kari
4-5 titik cuka – beli online disini
Sedikit air
Minyak masak secukupnya
BAHAN HIRIS:
1/2 biji bawang besar
1/2 biji cili merah
1/2 biji cili hijau
CARA MEMASAK:
1.Perap hirisan daging bersama cili kisar, kicap manis, kicap masin dan gula. Gaul rata. Jumlahnya bergantung pada daging yang digunakan. Perap minimum 1 jam. Jika mahu lebih sedap, boleh perap semalaman.
2. Kisar bawang besar hingga halus.
3. Panaskan minyak masak dalam kuali. Kemudian tumis bawang kisar hingga naik bau.
4. Masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelage dan juga daun kari. Tumis lagi.
5. Seterusnya masukkan daging yang telah diperap. Gaul rata.
6. Masukkan cuka. Tujuannya supaya daging mempunyai rasa sedikit masam. Jika tidak suka, boleh abaikan. Jika mahukan daging yang berkuah, boleh tambah sedikit air.
7. Tutup kuali dan masak menggunakan api yang kecil. Kacau setiap 2-3 minit hingga daging lembut dan empuk.
8. Bila daging sudah empuk, masukkan hirisan bawang besar, cili merah dan cili hijau.
9. Masak seketika dan Daging Masak Kicap sedia untuk diangkat dan dihidangkan.
INFO: jumlah bahan boleh ubah suai ikut berat daging yang digunakan & juga cita rasa masing-masing.
Kredit resipi & foto: Nora Aziz
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resepi Rojak Ayam Sedap. Masak Puas Hati & Sendiri Memang Lebih Jimat
Mudah Masak Pisang Goreng. Tepung Rangup Krup Krap Memang Sedap
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.