Latih & Kuatkan Tangan Anak Menulis, Cuba 16 Permainan Ni!

Nak ajar anak menulis dengan cara memegang pensil yang betul bukan mudah. Anak selalu mengadu cepat penat lepas menulis. Semuanya disebabkan salah memegang pensil dengan cara yang betul.

Jadi sejak usia anak kecil lagi perlu diasah kemahiran dan aktiviti yang melibatkan jari dan tangan.

Nak tahu lanjut, aktiviti untuk menguatkan jari jemari anak sebagai persediaan menulis, ini sepatutnya ibu bapa sediakan untuk anak-anak di rumah. Tak semestinya semua peralatan ini dibeli, yang penting kena sentiasa kreatif dan rangsang tangan si kecil. Berikut perkongsian Influencer Parenting, Wawa Shauqi.

Kelmarin saya dah cuba. Insaf betul rasa. Nak habiskan menulis satu muka surat tu, sungguh! Rasa nak menangis. Tah berapa kali padam dan betulkan balik.

 

Baru faham kenapa kadang tulisan anak buruk. Dan kenapa anak boleh menangis nak siapkan kerja sekolah. Padanlah bila sebut kerja sekolah, macam-macam alasan dibagi.
Kalau anak dipaksa pegang pensel dalam keadaan jari yang masih lemah, kita takut nanti anak hilang minat untuk buat kerja sekolah.

Tapi jangan risau. Ada banyak aktiviti yang boleh kita buat untuk kuatkan jemari anak. Ini contoh permainan yang boleh saya cadangkan.

Fidget sensory toy ni orang pakai untuk budak ralit. Macam kita yang besar ralit main letupkan bubble wrap tu. Bagus untuk latih finger isolation. Mintak anak gunakan satu demi satu jari.satu line, jari kelinking. Satu line lagi jari manis, sampai la guna semua jari.

Di setiap gambar, saya ada sertakan apa benefit yang mainan tu boleh bagi kat anak. Pilihlah ikut sesuai umur anak tau.

Ini untuk koordinasi mata dan tangan. Ini asas sebelum nak kenalkan anak dengan aktiviti lacing. Anak akan belajar kawalan tangan juga. https://shp.ee/pv69mzm

Tak payah susah cari kat mana. Saya dah senaraikan antara tempat yang boleh anda cari.

Ini pun koordinasi mata dan tangan. Selain kawalan tangan dna kemahiran kognitif jugak. Mak-mak join anak main sambil berangan jual sate.

Ketuk-ketuk ni, latihan awal anak manipulasi peralatan. Koordinasi mata tangan jugak. Bantu tangan anak kecil kita jadi lebih jitu. https://shp.ee/ku6z9mf

Ini baru bercakap soal jari lemah. Sedangkan dalam kemahiran menulis, ada beberapa lagi kemahiran yang anak kuasai.

Menguatkan jemari anak. Latih pincer grip. Kasi jari anak power. Ini kalau anak-anak saya main, komfem susah berhenti. Anything yang berkaitan dengan air dan warna, diorang memang suka. Kalau taknak menangis basuh karpet, lapik la ye. Tak pun main kat porch https://shp.ee/huit94x

Lepas jari anak tu kuat sikit main picit-picit air, kita kasi penyepit macam ni. Ini tingkatkan kemahiran manipulasi, kawalan tangan dan kekuatan jari jugak. Bila reja aktiviti macam ni, dia tambah nilai kat kemahiran kognitif. Kot ye pun nak tangan anak kuat cepat, jangan terus bagi yang jenis susah nak tekan. Sepit mak dia baru tau! https://shp.ee/qnyq62p

 

Shape sorting macam ni orang selalu nampak benefit kat kognitif. Tapi, ia juga melatih koordinasi tangan serta tangan dan mata.

Yang ni best. Melatih kemahiran visual, koordinasi kata tangan dan ofkoz, kognitif dan fokus jugak. Cuma bertabah kalau anak pakai buat acah-acah masak cendawan Sebab saya dah kena.

Bila kemahiran manipulatif anak bertambah baik, beri anak aktiviti alihkan objek ke dalam bekas lain dengan peralatan yang lebih mencabar pincer dia. Ini antara wajib jugak ada ni. Latih fokus juga.

Haaa! Lacing is must. Tapi pastikan jangan bagi kat baby. Kulacing jugak lubang telinga kang. Lacing bagus sebagai kawalan bilateral, integrasi tangan kanan dan kiri, koordinasi tangan-mata, mencabar pincer, kemahiran manipulatif dsb. Bagus sangat ni. Menajamkan fokus juga. Saya buat aktiviti ni bila tak larat tengok anak wrestling tak berhenti.

Haaa. Ini tolonglah ada ye mak-mak dan ayah-ayah. Namanya theraputty. Benda ni sangat banyak manfaat. Dan banyak aktiviti yang kita boleh rangka dengan theraputty ni. https://shp.ee/5ucktq7 Letak guli dalam ni bagi anak cari, menggunting, menguli dan macam-macam lagi. Boleh rujuk gambar sebelah kalau nak tau macam mana nak ajak anak main. Kalau kat pusat terapi, ini kira wajib ada ni. Cuma jangan main lekat kat rambut atau kat karpet kalau taknak gaduh laki bini.

Mana yang mengadu penat menulis, nak! Kasi dia exercise dengan benda alah ni. Insya Allah kalau lama berlatih, kuatlah tangan tu. Kalau kita stres, objek ni mampu bantu bagi sensory sensation kat kita. Better dari lepaskan stres dengan tumbuk perut pasangan kita. https://shp.ee/w9scpuf

Ini kalau nak beli, silalah beli 2 ye. Selain boleh gabungkan anak kita 2 orang tu buat okestra, ia juga bantu kita untuk buat aktiviti latih memori. Kita ketuk dan anak tiru bunyi yang kita ketuk. Ini especially bagus untuk latih memori anak yang asyik lupa bila kita ajar tu.

Antaranya :

Ini untuk ares yang lebih tinggi. Sebab ini melibatkan integrasi otak kanan dan kiri. Serta koordinasi tangan-mata

– Kemahiran fokus
– Kemahiran motor kasar
– Kemahiran koordinasi tangan-mata
– Kemahiran koordinasi bilateral
– Kemahiran visual (perception/ discrimination dsb)

I loove this one! Selain latih pincer dan koordinasi jemari serta tangan, ia juga latih memori juga. 

Ini pun best. Sebab dia offer multiple activities. So anak dapat multiple benefits jugak. Anak boleh latih kognitif, kawalan tangan, koordinasi tangan-mata, pincwr dan sebagainya. Anak-anak saya minat nau main benda ni.

Dan baaanyak lagi! Tapi jangan risau. Permainan sedia ada ini pun akan bantu improve kemahiran yang lain sekali. Dan jangan lupa ajar anak banyakkan guna badan secara aktif. Untuk improve motor kasar juga.

Kredit: Wawa Shauqi (Influencer Parenting)


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply