Tengku Ampuan Pahang Berkenan Berangkat Merasmikan Islamic Fashion Festival (IFF) 2024

Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan bercemar duli berangkat merasmikan Islamic Fashion Festival (IFF) 2024 di Muzium Abu Bakar pada 5 Ogos 2024.

Kredit Foto: kesultanan.pahang

Kredit Foto: kesultanan.pahang

Turut berangkat, Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Berangkat sama, DYTM Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr Hajjah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Kredit Foto: kesultanan.pahang

Turut berangkat ialah Yang Amat Mulia Tengku Panglima Raja Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah bersama isteri, YHM Che Puan Panglima Raja Puteri Hajjah Suraiya Afzan binti Dato’ Indera Haji Mohammed Moizz,; YAM Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah ; YAM Tengku Panglima Perang Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah; YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah dan YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Athiyatullah.

Bertemakan Pratishtha, koleksi IFF 2024 terdiri daripada koleksi reka bentuk yang memancarkan prestij dan maruah dan mencerminkan pakaian tradisional Melayu.

Kredit Foto: kesultanan.pahang

Kredit Foto: kesultanan.pahang

Koleksi yang dipersembahkan menampilkan gabungan pakaian Melayu tradisional yang telah diberi sentuhan moden antaranya baju Riau Pahang, Cekak Musang dan kebaya labuh.

Kredit Foto: kesultanan.pahang

Pada majlis tersebut KDPB Tengku Ampuan Pahang berkenan menyaksikan peragaan fesyen dari koleksi Pengasas dan Pengerusi Islamic Fashion Festival (IFF), Tengku Seri Kelana D’Raja Dato’ Raja Rezza Shah serta pereka-pereka fesyen terkenal dari Malaysia dan Indonesia iaitu Jeny Tjahyawati, Torang Sitorus, Sugeng Waskito, Ezuwan Ismail dan Datuk Radzuan Radziwill.

Kredit Foto: kesultanan.pahang

Paduka baginda kemudiannya berkenan memotong kek dan pulut kuning sempena Majlis Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda yang juga jatuh pada 5 Ogos 2024.

Kredit Foto: kesultanan.pahang

Kredit Foto: kesultanan.pahang

Sumber: FB Kesultanan Pahang

BACA JUGA: Tengku Ampuan Pahang Berkenan Merasmikan Pembukaan Pusat Kesuburan Alhaya

Comments

Leave a Reply