“Tak Terfikir Nak Main Untuk Negara Lain..” – Lee Zi Jia

Semua rakyat Malaysia merasa semangat dan sedikit sayu apabila melihat kesungguhan Lee Zii Jia bermain badminton demi merebut pingat gangsa untuk Malaysia. Persaingan sengit menentang pemain India, Lakshya Sen, semalam sememangnya membuatkan penonton tak senang duduk.

Semuanya berdebar-debar kerana jumlah mata yang tidak jauh ketinggalan dan pemain India telah mendahului dengan memenangi pusingan pertama.

Hari ini, tular semula temu bual bersama Zii Jia pada tahun 2022 bersama seorang wartawan untuk menjawab spekulasi bahawa dia berkemungkinan bermain utnuk negara lain.

Namun jawapan dari bekas juara All England 2021 itu tetap dengan semangat Malaysia dan pendiriannya untuk terus mewakili tanah air tercinta tidak kira apa berlaku.

“Masa saya hantar surat perletakan jawatan tu, saya dah bersedia dengan perkara yang paling teruk iaitu tak dapat bermain untuk mana-mana perlawanan antarabangsa selama dua tahun.

Tapi saya tak pernah terfikir untuk tukar kerakyatan dan main untuk negara lain. Tak pernah, apa pun berlaku saya akan bermain untuk Malaysia.”

Biar apa pun kecaman yang diterima, Zii Jia kekal tenang dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan balas. Beliau hanya fokus kepada perlawanan dan perjuangan untuk membawa pulang pingat untuk negara.

Tonton video ini;

@kobeh988 our bronze medalist, Lee Zii Jia ❤️🇲🇾 #leeziijia #paris2024 ♬ original sound – party party yeah

Lee Zii Jia merupakan penyumbang pingat kedua untuk Malaysia untuk sukan badminton selepas pemain beregu, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik. Kedua-dua mereka turut memenangi pingat gangsa selepas menewaskan pasukan Denmark.

Untuk pengetahun, pada tahun 2022, pemain berusia 26 tahun ini telah menghantar surat perletakan jawatan kerana tekanan yang diterimanya.

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my


Posted

in

,

by

Comments

Leave a Reply