Buat peminat fesyen terutamanya pembuatan barangan kulit pasti tidak asing lagi dengan nama Braun Büffel.
Cukup terkenal dengan seleksi aksesori fesyen mewah dan premium, Braun Büffel baru-baru ini melancarkan koleksi kapsul istimewa, BRAUN BÜFFEL X BASQUIAT 2024. Ia merupakan kapsul koleksi ‘tribute’ buat artis terkenal Jean-Michel Basquiat.
Nama legenda ini dikenali dengan gaya seni yang radikal dan memberontak, menggabungkan elemen kemewahan dengan semangat jalanan yang berani.
Jean-Michel Basquiat, yang mula dikenali pada akhir tahun 1970-an di dunia graffiti New York, telah menjadikan dirinya sebagai salah seorang artis paling berpengaruh pada abad ke-20.
Karya seninya terkenal dengan elemen yang ‘raw’, warna-warna mencolok dan komentar sosial yang cukup mendalam. Hasil-hasil seninya seringkali menggambarkan kehidupan bandar dan perjuangan komuniti yang terpinggir dengan cara yang sangat berkesan.
Seni Basquiat tidak hanya berfungsi sebagai ekspresi seni tinggi tetapi juga sebagai cerminan budaya jalanan yang kuat, yang terus berpengaruh hingga ke hari ini.
PENGARUH KARYA UNGGUL
Koleksi BRAUN BÜFFEL X BASQUIAT menampilkan pengaruh langsung dari karya beliau. Ia boleh disaksikan dengan seleksi beg koleksi ini yang direka dengan elemen seninya pada segenap sudut.
Keryanya membawa suasana lorong-lorong urban New York ke dalam rekaan koleksi ini. Gabungan di antara kerajinan kemewahan Braun Büffel dan semangat memberontak Basquiat mencipta sebuah koleksi yang unik dan memikat.
Cukup sesuai buat mereka yang menghargai keindahan seni dan fesyen. Pada 2 hingga 4 Ogos 2024 lalu, sebahagian daripada lantai bawah REXKL telah diubah menjadi ‘tuan rumah’ kepada BRAUN BÜFFEL X BASQUIAT Urban Escape.
BACA: Anwar El Ghazi Kini Bersama Cardiff City Selepas Ditamatkan Kontrak Oleh Mainz
Ia merupakan sebuah ‘pop-up’ menawarkan pengalaman imersif yang menghidupkan suasana lorong-lorong New York. Acara ini menyediakan ruang untuk pengunjung merasai atmosfera bandar yang dinamik, sesuai diabadikan untuk foto-foto laman media sosial.
PELBAGAI BARANGAN EKSKLUSIF
MASKULIN sempat mengikuti pelancarannya yang berlangsung dengan cukup meriah. Koleksi kapsul ini merangkumi pelbagai barangan kulit. Di antaranya ialah Crossbody, Tote, Backpack, Waist Pouch dan Cardholder.
Setiap item menampilkan rekaan siluet yang ramping, diperbuat daripada kulit denim, serta dihiasi dengan simbol yang dicetak panas, cetakan digital, dan sulaman yang rumit.
Aksesori ini bukan sahaja menawarkan fungsi yang praktikal tetapi juga menggabungkan elemen fesyen yang bold dan ekspresif, mencerminkan gaya seni Basquiat yang unik.
Koleksi ini melengkapkan sebarang pakaian bandar dengan sentuhan moden, mengingatkan kita akan pendekatan kolaj Basquiat terhadap seni jalanan yang berani.
Braun Büffel mengundang anda untuk meneroka ekspresi diri yang autentik dan merayakan kekuatan individualiti melalui koleksi kapsul ini.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Sertai kejohanan futsal MASKULIN Beat Boot Battle yang bakal berlangsung pada 25 Ogos 2024. Hadiah utama RM2,000 dan tempat kedua RM1,500. Terhad untuk 8 pasukan sahaja! Daftar di sini—> https://kliik.je/product-details/106?title=beat-boot-battle—kejohanan-futsal-maskulin
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.