G-Dragon Buka Yayasan JUSPEACE, Mahu Bantu Masyarakat Yang Terlibat Dengan Penyalahgunaan Dadah

Selepas berjanji untuk melancarkan sebuah badan organisasi amal pada tahun lalu, penyanyi rap terkenal, G-Dragon baru-baru ini telah melancarkan sebuah Yayasan JUSPEACE pada 5 Ogos.

G-Dragon atau nama sebenar Kwon Ji Yong (36) dikatakan akan berkhidmat sebagai pengerusi kehormat dan telah mendermakan sebahagian daripada hasil hak cipta yang diperolehnya.

Dalam pada itu, Galaxy Corporation turut mendedahkan butiran dalam satu kenyataan rasmi menyatakan bahawa pihaknya telah mengadakan mesyuarat bersama penasihat, pakar, dan juga beberapa perbincangan dengan beberapa pihak sejak Januari lalu.

Difahamkan, kira-kira 50 tenaga pakar dari pelbagai bidang akan bergabung dalam gerakan yayasan ini, menyokong projek perkhidmatan awam yayasan, pengumpulan derma, dan publisiti luar.

BACA: YG Entertainment Serah Hak Cipta Nama Panggung ‘G-Dragon’ Dan ‘GD’ Secara Sukarela Kepada G-Dragon

Kredit: X @WhiteTamar1

Selain itu, Yayasan JUSPEACE juga bertujuan untuk  meningkatkan perkongsian hak cipta dengan orang ramai, menyokong individu seni, membantu pencipta yang terlibat dalam kerja kepentingan awam, mempromosikan terapi seni dan kesejahteraan mental melalui seni, dan menawarkan terapi muzik untuk individu muda yang bergelut dengan ketagihan dadah.

“Artis bukan sahaja mencipta karya seni, mereka boleh menjalani kehidupan yang membawa kebahagiaan dan kedamaian kepada dunia. Saya berfikir bahawa selain memberikan cinta dan kedamaian kepada dunia melalui muzik, saya boleh membantu lebih ramai orang dengan benar-benar melakukan pengabdian masyarakat atau menubuhkan yayasan awam untuk menunjukkan pengaruh positif saya” – G-Dragon

Sebelum ini, nama G-Dragon telah dibersihkan susulan daripada tuduhan penggunaan dadah pada akhir tahun 2023 lalu. Kemudian, G-Dragon telah menyatakan hasratnya untuk menubuhkan sebuah yayasan bagi membantu mereka yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah, terutamanya yang masih kanak-kanak dan remaja.

Dalam perkembangan terkini, G-Dragon dilaporkan akan membuat kemunculan semula pada musim luruh dengan konsert yang dijadualkan pada bulan November atau awal tahun depan.

BACA: G-Dragon Jelaskan BIGBANG Cuma 3 Orang, Pelik Kenapa Artis Junior Tak Berani Datang Dekat

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.


Posted

in

, ,

by

Comments

Leave a Reply