Sedang ‘Bergelut’ Dengan Hidup, SYAFIQAH AINA Tabah Hadapinya! Hanya Bergantung Harap Pada Allah

Tidak dinafikan kecanggihan dunia digital tanpa sempadan ini menyebabkan ramai, khususnya wanita tidak kira samada anak muda hingga wanita dewasa yang berminat untuk menjadi pempengaruh (influencer) di media sosial.

Namun perjalanan untuk menjadi popular tidak semudah yang disangka. Seseorang itu perlu mengorbankan masa dan segala-galanya bagi memastikan diri sentiasa berada di puncak populariti. Malah, bergelar influencer dan instafamous juga tidak terlepas dari menghadapi gelombang kehidupan.

Semua Ada Fasa ‘Struggle’ Masing-Masing, Cuma Ujian Kita Berbeza!

Menerusi hantaran berkenaan, dapat dilihat Aina seolah-olah meluahkan rasa yang terbuku di hatinya, sekaligus memberi bayangan bahawa dia sedang berada di fasa yang kurang indah dalam kehidupanya.
Bagaimanapun, menerusi hantaran tersebut Aina menegaskan bahawa kita atau sesiapa sahaja tidak mempunyai hak untuk ‘menghakimi’ (Judge), ujian yang sedang dilalui oleh orang lain.

“Betul tak kalau Aina cakap semua orang mempunyai ujian dan bergelut (Struggling) dengan hidup masing-masing. Tetapi kita semua mempunyai pergelutan dan ujian yang berbeza yang kita hadapi.

“Mungkin berat, mungkin tidak tapi bukan hak kita untuk menghakimi (judge), “Alaa hal dia kecil je, kalau nak dibandingkan aku”

“Kemampuan seseorang tu kan berbeza untuk lalui satu-satu perkara. Mungkin kalau kita duduk dekat tempat orang lain, kita juga tak mampu untuk jadi macam dia.

“Sama juga macam Aina. I’m still struggling with myself, tapi biarla kita simpan supaya itu bukan jadi kelemahan diri untuk ditayang. Saya sentiasa mencuba untuk selesaikannya.

Letakkan Pengharapan, Luahkan Pada Yang Maha Esa!

Meskipun tidak mendedahkan secara terperinci, berkenaan masalah atau ujian yang sedang dilaluinya dalam kehidupan saat ini, Aina sempat menitipkan cara bagaimana dia mendapatkan ketenangan hati ketika sedang diuji.

Jelas Aina, ketika merasakan ujian yang perlu dilalui terlampau berat hingga tidak mampu bahunya memikul, dia akan kembali kepada yang maha esa, meratap dan meluahkan segala permasalahan yang perlu dihadapinya.

“Setiap hari Aina cuba buat lebih baik, still too much to learn for a better me & sometimes bila rasa betul-betul tak mampu, cuba meluah.

“Letakkan sepenuh pengharapan pada Allah & percaya, dia tahu semuanya dan akan tolong sesuatu yang terbaik untuk kita. He always has a better plan for us.

“Jangan terlalu keras pada diri sendiri. Terimalah diri anda apa adanya, kelemahan dan segalanya, tetapi sentiasa cuba yang terbaik untuk mencari jalan keluar dari segala permasalahan sebaik mungkin.

Team NONA, mendoakan setiap ujian dan kesusahan yang sdang dihadapi oleh Aina menemui jalan penyelesainya dan semoga Aina cekal dan tabah berdepan detik sukar dan struggle dalam kehidupanya ini.

Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini. Follow kami sekarang di SINI!

Sumber Foto: Instagram Syafiqah Aina

Comments

Leave a Reply