Berjalan Dengan Gaya ‘Classy’! 353 Selebriti Dan Pempengaruh Pamer Koleksi Peribadi Di Acara KL Suit Walk 2024!

Sejak ia diperkenalkan pada tahun 2018, Kuala Lumpur International Suit Walk (KL Suit Walk) sekali lagi diadakan pada 5 Ogos dan ia menjadikannya sebagai salah satu acara paling unik dan popular di tengah-tengah kota raya Kuala Lumpur.

KL Suit Walk 2024 telah disertai seramai 353 selebriti dan pempengaruh, apa yang lebih menarik. Mereka berjalan kaki dari Hotel Grand Hyatt ke pusat beli-belah Pavilion, meliputi jarak 800 meter, sambil mengenakan pakaian formal dari koleksi peribadi masing-masing.

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Khairul Firdaus Akbar Khan berkata, penganjur berjaya mengumpulkan tukang jahit mahir dalam Kongres ke-28 Persekutuan Tukang Jahit Asia (FAMT) 2024.

BACA: Dari Melaka Bawa Nama Ke KL Fashion Week, Dua Beradik AkuDesign Jual Baju T Di Universiti Hingga Miliki Butik Sendiri

Pada acara tersebut, KL Suit Walk turut mencatatkan rekod dalam Malaysia Book of Records, dengan sijil pengiktirafan disampaikan kepada Presiden Persekutuan Tukang Jahit Malaysia, Sam Ng Teck Yau.

“Ia tidak seharusnya berlangsung di KL sahaja. InshAllah, kita juga boleh menganjurkannya di Johor serta Selangor dan saya yakin dengan perancangan yang baik, rakan strategik yang cemerlang selain tekad serta keazaman, perkara ini boleh direalisasikan”

Dalam pada itu, KL Suit Walk turut melibatkan peserta dari 13 negara iaitu Hong Kong, India, Indonesia, Taiwan, dan Thailand yang memakai sut dengan pelbagai warna dan gaya, selain memeriahkan suasana.

BACA: “KL Fashion Week Tidak Kekang Pereka Tempatan Kejar Viraliti, Asalkan Tahu Kendali Tekanan Media Sosial…” – Andrew Tan

“Batik dan songket kita, sama seperti sut yang direka khas, sentiasa anggun iaitu kaya dari segi budaya dan sejarah serta merupakan karya seni generasi dalam pembikinan”

Acara ini diadakan sempena Kongres FAMT 2024, yang berlangsung selama enam hari sejak Jumaat lepas. Khairul Firdaus juga teruja dengan penganjuran kongres yang menampilkan ‘Fashion Mosaic’ dan mengangkat pakaian kebangsaan seperti kebaya untuk diiktiraf dalam Warisan Tidak Ketara UNESCO.

Sumber Artikel & Foto: BERNAMA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.


Posted

in

,

by

Comments

Leave a Reply